Sistem Pemerintahan Beraja
Penggunaan Gelaran Pemerintah
i) Sultan – Kedah & Kelantan
ii) Raja – Perlis
Cara Pelantikan pengganti pemerintah
i) Putera Sultan Atau Raja sebagai pengganti
ii) Jurai Keturunan pemerintah
a) Sultan
– Hieraki tertinggi
– Ketua bagi Negeri dan memiliki keistimewaan
– Ketua agama islam
– Lambang perpaduan rakyat
b) Pembesar (Jajahan/Daerah)
– Wakil pentadbiran bagi pihak kerajaan
– Bertanggungjawab terhadap jajahan/daerah
c) Penghulu (Mukim)
– Penguasa para peringkat mukim
– Peranan sebagai Orang Perantaraan (antara rakyat dan pemerintah)
Adat Istiadat
a) Majlis Pemasyhuran
– pengganti Sultan/Raja disempurnakan sebelum jenazah pemerintah dimakamkan
b) Istiadat Pertabalan
– dimulai dengan prsembahkan Naskhah Al-Quran dan Alat kebesaran diraja
– Sultan/Raja yang dimasyhurkan membaca watikah pertabalan dan kemudian mengucup Keris Kuasa
c) Penganugerahan Bintang Dan Darjah Kebesaran
– lambang hubungan antara pemerintah dengan rakyat
– bersempena dengan hari sambutan keputeraan pemerintah
– sebagai pengiktirafan kepada Sultan, Raja, Kerabat Diraja dan rakyat.
Perundangan
Undang-undang tubuh kerajaan Kedah, Perlis & Kelantan
i) Penggantian Pemerintah
– Sultan/Raja hendaklah
a) lelaki
b) berketurunan raja
c) bangsa melayu
d) beragama islam
ii) Peranan Sultan/Raja
– kedudukan sebagai ketua negeri
– ketua agama islam
iii) Badan Penasihat Sultan/Raja
– menteri besar sebagai dipertua membantu Sultan/Raja dalam mentadbir negeri dan rakyat
iv) Tanggungjawab Sultan/Raja
– larangan kepada Sultan/Raja, Menteri dan Jemaah Menteri
a) menyerahkan negeri
b) menyerahkan kuasa kepada kerajaan lain
– berhak memilih menter besar
v) Hak rakyat dalam Pentadbiran
– warganegara berumur 21 tahun atau lebih yang tinggal di dalam negeri layak menjadi ahli dewa undangan negeri.
Persuratan
1)
– Karya Muhammad Hassan Bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad pada tahun 1927
– Mencatat sejarah istana Kedah dan pentadbiran di Perlis
– tentang
a) Pengasas dan senarai pemerintah
b) Pembukaan ibu kota
c) Alat kebesaran diraja (nobat)
d) Pengislaman pemerintah kerajaan Kedah
2)
– Hikayat Merong Mahawangsa Dihasilkan pada tahun 1821
– tentang
a) Pengasasan kerajaan Kedah
b) Pembukaan kota pentadbiran
c) Pengislaman pemerintah
3)
– Salasiah atau tarikh kerajaan Kedah ditulis oleh Wan Yahya bin Wan Muhammad Raib pada tahun 1911
– mencatatkan secara kronologi maklumat jurai pemerintah negeri Kedah
– memaparkan perkembangan ekonomi dan pentadbiran kerajaan Kedah menerusi pembahagian daerah
4)
– Syair Sultan Maulana dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Ahamad Tajuddin Halim Shah 2 (1804 – 1845) Kisah Perang Tentera Kedah
– dipersembahkan dalam bentuk syair
5)
– Hikayat Seri Kelantan ditulis pada tahun 1914
– mengisahkan pemerintahan negeri Kelantan sejak zaman Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadong dan Raja Abdullah.
6)
– detik-detik sejarah Kelantan ditulis oleh Sa’ad Shukri Bin Haji Muda
– mencatatkan sejarah pengasasan kerajaan Kelantan dan peristiwa penting setiap pemerintah.
Kesenian
a) Warisan seni ukur
– di Kelantan dan Kedah
– motif Haiwan dalam karya diganti dengan motif Alam yang bersesuaian dengan amalan islam
– kekal sebagai hiasan pada istana, rumah dan masjid
b) Warisan seni bina
– berupa binaan istana dan hiasan ukiran
– keunikan binaan rumah tradisional melayu ialah lebar layar berbentuk “V” terbalik
c) Warisan seni pentukangan dan barang perhiasan
– pertukangan perhiasan daripada Emas dan Perak
– pertukangan senjata tradisional seperti Keris.
d) Watisan Seni kraf tangan
– kraf tangan seperti anyaman tikar dan bakul rotan
– Kelantan terkenal dengan warisan pembuatan wau dan batik
e) Warisan seni persembahan
– Awang Batil merupakan penglipurlara di Perlis
– Wayang Kulit telah diangkat sebagai warisan kebangsaan di bawah kategori Warisan tidak ketara
– Mem Mulung merupakan teater tradisional negeri Kedah yang kekal hingga kini
f) Warisan seni silat
– merupakan seni dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri
– sebagai persembahan majlis dan acara petandingan
Keunikan Adat Dan Pemerintahan
Keunikan adat perpatih
a) Jurai keturunan sebelah ibu
– kaum perempuan dianggap ibu Soko
– anak merupakan anggota suku ibunya
– anggota suku dianggap sedarah kerana berasal daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu
b) Upacara Kedim
– menerima orang dari suku lain atau orang luar
– seseorang itu akan bersumpah taat setia dan akan bersaudara dengan Ahli Suku.
“Darah dicecah
Doa ditampung
Sumpah dilabuh
Quran dijunjung“
c) Wanita mewarisi pusaka
– wanita akan mewarisi harta pusaka bertujuan supaya wanita tidak terabai
– diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan
d) Perkahwinan
– perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap sebagai sebuah keluarga besar dan bersaudara
– menggalakkan perkahwinan di luar suku
– Lelaki yang berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku iterinya dan digelar “Orang Semenda”
– wanita yang berkahwin sesama suku akan hilang hak mewarisi pusaka, manakala lelaki akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat
e) Pelaksanaan Hukuman
– bersifat pemulihan
– utamakan perasaan dan kepentingan pesalah.
– kesalahan kecil diselesaikan dengan bermaafan atau denda ringan
Pelantikan Pemimpin
i) Luak
– daerah/jajahan merupakan kumpulan ketiga dan terbesar dalam susunan masyarakat Minangkabau
ii) Suku
– merupakan unit kedua dalam sosiopolitik Adat Peraptih
– dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar
iii) Perut
– unit terkecil yang ahlinya daripada keturunan sebelah ibu
Hieraki Pemerintahan adat perpatih
1) Yamtuan Besar/ Yang Di-Petuan Besar Negeri Sembilan
– dipilih oleh undang yang empat
– sebagai ketua negeri
– lambang kesatuan dan persekutuan
2) Undang
– ketua luak yang dilantik oleh lembaga
– undang yang empat ialah Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau
– memilih seorang yang layak daripada keturunan Yamtuan Radin menjadi Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar
3) Lembaga
– ketua suku dan dilantik oleh buapak
– peranan
a) memilih undang dan penghulu
b) menjaga keamanan dan keselamatan
c) menyelesaikan pertelingkahan antara suku
d) mengurus pembahagian harta pusaka
4) Buapak
– anak buah dalam perut akan melantik seorang ketua yang digelar Buapak
– Buapak menjadi ketua rujukan aspek yang berkaitan dengan adat dan hukum
5) Ibu Soko
– mengetahui, memahami dan menghafal adat dan asal usul kelompok kekeluargaan yang diwakilinya
– telibat secara langsung dalam pemilihan dan pelantikan buapak dalam kelompok yang diwakilinya
– jika tiada ibu soko, semua peringkat pelantikan pemimpin adat di Negeri Sembilan tidak boleh dilaksanakan
Kuiz Sejarah Bab 9 : sila klik link dibawah
https://wordwall.net/play/7930/080/533
Ulasan
Catat Ulasan