SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH (sebelum 1824)
- Pendidikan tidak ditekankan secara formal
- Lebih menumpukan kepada pendidikan agama di sekolah² pondok
- Teks pengajaran lebih merujuk Al-Quran
- Tenaga Pengajar terdiri daripada golongan agama iaitu para ulama dan tokoh² agama
SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1941)
Terdapat 2 peringkat struktur pendidikan
1. Tempoh pertama 1786-1941
2. Tempoh kedua 1946-1957
Tempoh Pertama 1786-1941
- Berlakunya perkembangan sekolah pelbagai kaum sekolah Melayu, Cina dan Tamil
- Lebih berorientasikan kepada negara asal seperti China dan India.
Sistem Pendidikan Sekolah Melayu
- Matapelajaran lebih kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira
- Tahap pendidikan hanya dari darjah I hingga tamat darjah IV
- Hanya sebilangan kecil pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke Malay School Class & melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris
Sistem Pendidikan Sekolah Cina
- Kurikulum yang diajar berorientasikan kepada sistem negara China
- Sekolah Cina yang pertama didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815
- Tahap pendidikan terhad kepada peringkat rendah sahaja
Sistem Pendidikan Sekolah Tamil
- Kumpulan² mubaligh kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan formal dalam bahasa Tamil
- Kurikulum di sekolah Tamil berorientasikan pendidikan di India
- Buku² dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India
- Tahap pendidikan terhad kepada peringkat rendah sahaja
Sistem Pendidikan Sekolah Inggeris
- Bahasa penghantar Inggeris sepenuhnya
- Negeri² Selat & negeri Melayu Bersekutu
i. Sekolah Inggeris oleh persatuan pendakwah Kristian
ii. Sekolah Inggeris Kerajaan
iii. Sekolah Inggeris persenderian
-Hanya 1930 membenarkan anak² Melayu memasuki sekolah Inggeris
Sistem Pendidikan Sekolah Inggeris
Ciri sekolah Inggeris:
i.Murid² yg belajar terdiri dari pelbagai kaum, kecuali Malay College
ii.Bahasa penghantar ialah Bahasa Inggeris
iii. Sekolah Inggeris dibina di bandar;Jadi, hanya yg tinggal di bandar & berkemampuaan membayar yuran berpeluang belajar di sekolah²)
Sistem Pendidikan Sekolah Inggeris
Sekolah seperti di England dgn 3 peringkat
i.Kelas bawah 1, 2 dan Darjah 1
ii.Rendah pertengahan dari darjah 2 hingga 5
iii.Menengah dari darjah 6 hingga Kelas sijil Sekolah
(School Certificate)
Sekolah Agama Madrasah
- Sekolah Inggeris & sekolah Melayu dianggap sbg penyebar ideologi sekularisme yg bertentangan dgn nilai konservatif fundamentalisme
- Kaum Muda membina sekolah Agama Madrasah yg bersifat moden utk bersaing dgn Sekolah Inggeris & sekolah Melayu
Sekolah Agama Madrasah
- Dua tokoh: Sheikh Tahir Jalaludin dan Sayid Sheih Ahmad Al-Hadi
- Ciri-ciri: kemudahan kerusi meja yg lengkap; waktu belajar tetap; - kurikulum berstruktur; dan terdapat pembahagian bilik darjah.
- Madrasah mula: Madrasah Al-Iqbal (1907) di Singapura, Sekolah Al-hadi di Melaka (1917) dan Madrasah Al-Mashor di P.P (1919)
Sekolah Agama Madrasah
Di antara sekolah yg terkenal
à Madrasah Muhammadiah di KB, Kelantan (1915)
à Madrasah Tarbiatul Dinniah di Melaka (1939)
à Madrasah Al-Haji Taib di Muar, Johor (1920)
à Madrasah Al-Islah di Termerloh Pahang (1936)
Sekolah Agama Madrasah
- Memberi keyakinan bahawa Islam masih mantap walaupun menghadapi saingan
- Hasrat Kaum Muda masih tidak tercapai sebab kurikulum di madrasah kurang memberi tumpuan kpd Matematik, Sains dan B. Inggeris
Tempoh Kedua 1946-1957
Sistem dan struktur pendidikan sebelum merdeka
- Semasa pendudukan Jepun (1941-1945), kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun
- Selepas kekalahan Jepun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal
Antaranya ialah :-
Laporan Barnes (1951)
Laporan Fenn Wu (1951)
Ordinan Pelajaran
Dasar Pelajaran Kebangsaan
Laporan Razak (1956)
- Antara cadangan itu ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan kemudahan² pelajaran & pembelajaran serta menyediakan guru² terlatih di sekolah
- Guru² =mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik dan etika pengajaran yang boleh dicontohi
Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)
- Sistem pendidikan masih berorientasikan sistem yang tercatat dalam Laporan Razak.
- Tahun 1959, cawangan Universiti Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur
- Kursus ditawarkan ialah kejuruteraan, sastera dan sains
- Laporan Rahman Talib diwujudkan (1960)
Sistem Pendidikan Kebangsaan (Selepas 1969)
Ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah berdasarkan Rukunegara dan penekanan diberikan etika kesopanan dan kesusilaan bagi melahirkan pelajar yang tinggi moral dan etika
Sistem Pendidikan Kebangsaan (selepas 1979)
- Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan
- Mengikut laporan kabinet bagi peringkat sekolah rendah, kurikulum dan kemahiran tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar dan perkembangan diri yang menekankan aspek 3M
- KBSR dicadangkan bagi memperbaiki kelemahan yang ada
- Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap pelajaran matematik, sains dan bahasa juga dipertingkatkan
- Aktiviti kokurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan
- KBSM dicadangkan
Pendidikan Zaman Sekarang
-Sistem pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur.
-Bermula daripada Rancangan Malaysia Pertama hinggalah Rancangan Malaysia ke-11, aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap resolusi yang dibuat.
-Pendidikan pra-sekolah, KBSR, KBSM, IPTA dan IPTS, pendidikan guru, Vokasional dan Teknik sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan mengikut peredaran semasa.

Ulasan
Catat Ulasan