Langkau ke kandungan utama

Sejarah : Peranan Kuasa Barat dan PBB Dalam Perang Arab Israel 1948


 

Tajuk : Peranan Kuasa Barat dan PBB Dalam Perang Arab Israel 1948

1. Apakah Perang Arab Israel 1948

2. Faktor Berlakunya Perang Arab Israel 1948

3. Peranan Kuasa Barat dalam Perang Arab Israel 1948

4 Peranan PBB dalam Perang Arab Israel 1948

5. Kesan Berlaku Perang Arab Israel 1948

 

Pengenalan.

Golongan Yahudi melobi kuasa besar dunia seperti Britain untuk meraih sokongan dan simpati daripada kuasa-kusa besar bagi mereka menduduki wilayah Palestin dan penubuhan negara Israel di Palestin. Semasa kekuasaan British di Palestin pada 1918 hingga 1948, pintu negara Palestin telah dibuka dengan seluas-luasnya untuk menerima kemasukan pelarian Yahudi dari seluruh dunia. Bilangan penduduk Yahudi meningkat secara mendadak dari 55 000 orang pada 1918 kepada 646 00 orang pada 1948.

 

Perang yang tercetus antara Arab Palestin dan Yahudi Israel ini telah berlaku hasil daripada perebutan tanah Palestin yang sememangnya dianggap istimewa oleh umat Islam,penganut Yahudi dan Kristian kerana di situlah terdapatnya Baitulmaqdis atau Jerusalem. Baitulmaqdis adalah pusat suci Kristian, kerana di situlah Nabi Isa disalibkan dan diangkat ke syurga, manakala Islam melihatnya sebagai perjalanan spiritual Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan naik ke Sidratul Muntaha. Bagi orang Yahudi, Palestin adalah “tanah yang dijanjikan” dan hampir keseluruhannya percaya bahawa Jerusalem harus dikembalikan sebagai ibu kota Israel.  

Perebutan ini diburukkan lagi dengan pengenalan Mandat oleh pihak bersekutu yang telah diperkenalkan setelah menang dalam Perang Dunia pertama menentang pihak Austria dan Prusia-Jerman. Perisytiharan Mandat menyebabkan pembahagian wilayah jajahan tanah Arab termasukah Palestin kepada kuasa-kuasa Besar. Hal ini telah mendorong kejayaan penubuhan Nation Home Israel yang selama ini ditentang oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah pimpinan Sultan Hamid. Kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah telah berjaya direalisasikan impian pihak Zionis menubuhkan Negara Israel di tanah Palestin dan dijayakan lagi dengan peranan pihak kuasa besar dan PBB melalui Deklarasi Balfour,Suruhanjaya Peel, Resolusi 181 PBB dan lain-lain.

Peranan Kuasa Barat dan PBB Dalam Perang Arab Israel 1948

1) Cadangan pihak British kepada penubuhan Liga Arab

2) Monopoli kuasa pihak Britsh terhadap Mandate di Palestin

3) “Deklarasi Balfour” oleh pihak British

4) Helah Kejatuhan sistem khalifah melalui  persidangan Lausanne

5) Sikap tidak adil Pelan Partition Resolusi 181 PBB.

6) Tentangan Terhadap Suruhanjaya Peel Mengenai Pembahagian Tanah Palestin

7) Laporan Suruhanjaya Woodhead

8) Sikap Berat Sebelah Yang Ditonjolkan Oleh Kuasa Barat

9) Rancangan Kuasa Barat dan PBB Mengagalkan Kesatuan Seluruh Tanah Arab Menentang Israel.

 

1) Cadangan pihak British kepada penubuhan Liga Arab

Pada tahun 1945,  British mendorong, Mesir, Iraq, Lubnan, Arab Saudi, Syria, Jordan, dan Yaman membentuk Liga Arab untuk menyelaraskan dasar antara negara-negara Arab. perjanjian pertahanan bersama yang ditandatangani antara Iraq dan Jordan  membimbangkan Mesir, Syria, dan Arab Saudi bimbang bahawa Jordan akan sebahagian tambahan atau Palestin, dan menggunakannya sebagai steppingstone untuk menyerang atau melemahkan Syria, Lebanon, dan Hijaz. Namun begitu pakatan negara Arab yang dikenali sebagai Liga Arab ini menentang pembentukan negara Israel melalui Pelan Partition 181 PBB yang telah menggunakan kuasa untuk membahagikan wilayah Palestin kpada tiga bahagian dan mmperuntukan sejumlah 56% kawasan Palestin kepada Yahudi-Israel telah mendapat tentangan daripada penduduk Arab-Palestin sendiri yang telah menjadi pendorong kepada tercetusnya Perang Arab Israel 1948.

2) Monopoli kuasa pihak Britsh terhadap Mandate di Palestin

Selepas berlakunya Perang Dunia yang pertama melibatkan dua kuasa besar iaitu antara  Kerajaan Bavaria (Australia dan Prusia-Jerman) dengan pihak bersekutu British, Peranchis dan Rusia berakhir dengan kemenangan di tangan kuasa berikat. Mandat dibentuk untuk mengambil alih “tanah-tanah jajahan” Jerman dan Turki yang ditawan semasa peperangan. Sistem mandat dibentuk pada tahun 1919 dan diletakkan di bawah pengawasan Liga Bangsa-Bangsa ( League of Nations) dan selepas perang dunia kedua oleh PBB. Liga Bangsa-Bangsa menyerahkan setiap wilayah kepada kuasa berikat yang menerima tanggungjawab mandat tersebut. Palestin dan Iraq diletakkan di bawah mandat British dan Syria diletakkan di bawah mandat Perancis. Perang dunia pertama menyaksikan kekalahan Turki dan Jerman, dan Kejatuhan Turki Uthmaniyyah. Kekalahan Turki Uthmaniyyah dan kelahiran mandat merupakan peluang yang ditunggu-tunggu oleh pihak Zionis iaitu satu satu gerakan yang lahir di atas cita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi yang merdeka dan berdaulat di palestin. Zionis yang sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan pihak British telah mengunakan kesempatan itu untuk memperolehi Pelestin dan mengutarakan hasratnya kepada British.

3) “Deklarasi Balfour” oleh pihak British

Deklarasi Balfour” iaitu satu inisiatif yang menggalakkan bangsa Yahudi di Eropah untuk berhijrah ke bumi Palestin secara besar-besaran bagi merelisasikan harapan untuk memiliki Palestin, Zionis bertindak mengatur starategi untuk membawa masuk masyarakat Yahudi ke bumi Palestin yang dijayakan oleh Author Balfour yang pada ketika itu adalah Setiausaha Luar Kerajaan Britain. Zionis sebenarnya disokong kuat oleh British dalam merealisasikan impiannya memiliki Palestin. Kerajaan British telah berselindung di sebalik Deklarasi Balfour untuk menjustifikasikan sokongannya ke atas aspirasi Zionis di Palestin. Sekiranya dilihat isi Deklarasi Balfour itu sendiri iaitu kerajaan British telah menukarkan status 92% penduduk Arab Palestin yang merupakan golongan majority dan penduduk yang sah di Tanah air mereka sendiri kepada status bukan Yahudi “non-Jewish”. Penghijrahan Yahudi secara besar-besaran dari Eropah merupakan satu perancangan tersusun oleh golongan Zionis dengan sokongan kuasa-kuasa besar bagi melahirkan cita-cita negara Yahudi di Palestin. Masyarakat Arab Palestin yang merasa terancam dengan perancangan tersebut telah melancarkan beberapa rusuhan dan menyerang komuniti-komuniti imigran Yahudi.

4) Helah Kejatuhan sistem khalifah melalui persidangan Lausanne

Helah menjatuhkan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah kunci kejayaan Kuasa Besar Barat menguasai negeri Arab Palestin adalah melalui Persidangan Lausanne dimana pihak Britain menuntut 4 perkara iaitu Sistem Khalifah mesti dihapuskan, Khalifah mesti dibuang negeri, harta Khalifah mesti dirampas , Negara Turki mesti didirikan atas dasar sekular. Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan halifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula. Peristiwa itu menjadi titik tolak kepada penghapusan sistem khalifah bukan sahaja di Turki, malah untuk seluruh Asia Barat serta wilayah-wilayah islam yang lain.

Kejatuhan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah ini telah membawa kepada penguasaan kuasa Barat terhadap negara Arab, melalui sistem mandat yang diperkenalkan seterusnya merealisasikan impian pihak Zonis iaitu penubuhan kerajaan Israel serta pembahagian wilayah Palestin melalui Pelan Partition PBB.

5) Sikap tidak adil Pelan Partition Resolusi 181 PBB.

Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima pakai resolusi mengesyorkan penggunaan dan pelaksanaan rancangan untuk menyelesaikan konflik Arab-Yahudi dengan pembahagian Palestin kepada dua negeri, 1 Arab dan seorang Yahudi, dan City of Jerusalem. Orang-orang Yahudi akan mendapat 56% daripada tanah itu,  yang berada di Gurun Negev. Manakala Orang-orang Arab Palestin akan mendapat 42% daripada tanah di Palestin. Sebagai balasan kepentingan keagamaan, kawasan Baitulmuqaddis, termasuk Betlehem, akan ditadbir oleh PBB. pelan partition adalah tidak adil kepada orang-orang Arab dengan mengambil kira baki penduduk pada masa itu, wakil-wakil orang-orang Arab Palestin dan Liga Arab tegas menentang tindakan PBB dan menolak pihak berkuasa untuk melibatkan dirinya di seluruh perkara. Mereka menegaskan "bahawa pemerintahan Palestin perlu kembali kepada penduduknya, selaras dengan peruntukan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)." Arab palestin menentang Pelan Partition ini kerana hal ini juga bertentangan dengan Piagam PBB.  

6) Tentangan Terhadap Suruhanjaya Peel Mengenai Pembahagian Tanah Palestin

Hasil daripada laporan itu menyebabkan Suruhanjaya Peel mencadangkan supaya Palestin dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kepada penduduk Arab dan Yahudi. Dibawah rancangan ini 33% dari negara Palestin akan diserahkan kepada Yahudi. Pada masa yang sama ratusan kampung-kampung Palestin akan diserahkan kepada Yahudi, manakala ratusan ribu umat islam akan diletakkan di bawah rejim Yahudi. Cadangan ini sudah tentu mendapat tentangan daripada umat Islam Palestin kerana tanah yang dimiliki Yahudi tidak melebihi 5.6%. Dipihak yang lain Kongeres Zionis sedunia menyambut baik cadangan Peel sedangkan Kongres Kebangsaan Arab sebulat suara menolak cadangan tersebut. Keadaan ini telah mendorong kepada rusuhan dan kekacauan yang lebih teruk melibatkan kedua-dua pihak. Pada masa yang sama British telah bekerjasama dengan pendatang Yahudi dengan alasan kononnya mereka bertindak menghalang dan menghapuskan pemberontakan yang dilakukan oleh masyarakat Palestin.

7) Laporan Suruhanjaya Woodhead

Laporan Suruhanjaya Woodhead untuk mengkaji aspek-aspek teknikal kepada pembahagian Palestin Hasilnya laporan telah merumuskan bahawa pembahagian adalah tidak praktikal oleh itu kerajaan British mengeluarkan kertas putih “white Paper” untuk melaksanakan polisi baru iaitu penduduk Yahudi dibenarkan masuk ke Palestin dalam tempoh lima tahun manakala selepas tempoh tersebut proses kemasukan kaum Yahudi bergantung kepada kebenaran daripada orang Palestin Daripada keputusan kertas putih ini menyebabkan harapan Yahudi untuk membina “home nation” tidak menjadi kesampaian bahkan kemasukan yahudi akan dihadkan, pada masa yang sama penduduk asal Arab di Palestin akan melihat kemasukan Yahudi tanpa sekatan dalam tempoh lima tahun awal juga akan menggugat kedududkan majoriti Arab Palestin di tanah wilayah mereka sendiri. Keputusan yang dikeluarkan melalui kertas putih itu ternyata telah mendapat tentangan daripada kedua-dua pihak sama ada Yahudi mahupun rakyat Arab.  ( tentangan terhadap Laporan Suruhanjaya WoodHead)

British yang tidak mampu lagi menyelesaikan masalah tersebut telah bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Palestin United Nation Special Commitee On Palestine (UNSCOP)[31]. Hasilnya tujuh daripada negara iaitu Canada, Czechoslovakia, Guatemala, Belanda, Peru, Sweden dan Uruguay mencadangkan supaya Palestin dipecahkan kepada negara Arab, negara Yahudi dan Baitul Maqdis diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa.

8) Sikap Berat Sebelah Yang Ditonjolkan Oleh Kuasa Barat

Penyokong Stern Gang telah membunuh Count Bernadotte iaitu, wakil pengaman PBB di Jerusalem kerana marah terhadap tindakannya menukarkan gencatan senjata yang baru dicapai itu kepada satu perjanjian damai. Keadaan tersebut berlaku pada 17 September 1948.[40] Hal ini telah membuktikan bahawa pengganas ini ingin terus berperang dan menakluki kawasan-kawasan yang lain. Walau bagaimanapun, kerajaan Israel tidak berbuat apa-apa untuk menangkap gerombolan pembunuh itu sesudah Perang Arab Israel 1948. Israel telah berjaya menduduki daerah seluas hamper 22% lebih luas daripada kawasan asal yang diperuntukkan kepadanya menurut program pembahagian wilayah oleh PBB.[41] Namun, tragedy itu tidak berlaku sepenuhnya melainkan dengan adanya campur tangan dan kerjasama khususnya dari Britain dan Amerika Syarikat.

9) Rancangan Kuasa Barat dan PBB Mengagalkan Kesatuan Seluruh Tanah Arab Menentang Israel.

Demi kepentingan mereka bersama, Israel dengan pakatan sulit Britain serta Perancis telah menyerang Mesir dengan tujuan untuk menundukkan Presiden Nasir dan juga menggagalkan usaha untuk menyatukan seluruh tanah Arab. Pakatan sulit tersebut telah menyerang Mesir pada Oktober 1946. Tentera ketiga-tiga Negara itu telah menceroboh hingga ke Semenanjung Sinai. Mesir akan mengalami kekalahan yang teruk sekiranya pihak daripada Rusia, Amerika Syarikat, dan PBB  ( campurtangan PBB dalam menghentikan peperangan ) tidak mendesak kuasa-kuasa tersebut untuk berundur. Oleh itu, peristiwa Suez telah membuktikan bahawa pihak Zionis akan sentiasa bersekongkol dengan imperialis Barat untuk melemahkan dan menguasai wilayah-wilayah Islam di Arab. Peperangan itu berakhir pada 7 Januari 1949. Israel kehilangan banyak nyawa, iaitu 1% daripada penduduknya namun dia mendapat faedah daripada kawasan yang besar yang telah dimilikinya.

Kesan Berlaku Perang Arab Israel 1948          

1) Pengambil alihan tanah Arab.

Kesan daripada polisi British yang dibuat di atas berdasarkan Deklarasi Balfour telah mengundang kemasukan Imigran Yahudi dari Eropah barat dan Timur ke tanah Palestin. Dari hari kesehari jumlah mereka semakin meningkat, bahkan mereka mampu membina dan mewujudkan institusi-institusi mereka sendiri. Pada masa yang sama proses urbanisasi menyebabkan masyarakat Arab Palestin tersisih. Sejak awal-awal lagi Yahudi telah mengatur rancangan untuk menguasai Palestin dengan membawa masuk masyarakat Yahudi dan kemudiaannya bertindak merampas tanah-tanah masyarakat arab serta menghalau mereka dari tanah milik mereka

Zionis yang memiliki institusi kewangan yang kukuh dan kuasa beli yang tinggi semasa zaman kemelesetan (depression) sekitar tahun-tahun akhir 20an dan awal30an berjaya menebus tanah-tanah Arab dan pemilik-pemilik yang tidak menetap di sana. Agensi Yahudi kemudiaanya mengeluarkan peladang-peladang Arab yang mengusahakan tanah-tanah tersebut dan memaksa mereka menyerahkan geran-geran tanah kepada imigran Yahudi. Akibat tekanan ekonomi yang tinggi pemilik tanah-tanah persendirian terpaksa menjual tanah milik mereka kepada pihak Zionis. Sebaliknya pihak British hanya menjadi pemerhati dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

2) Kehilangan Hak Dibumi Sendiri.

Masyarakat Arab telah hilang hak yang sepatutnya diperolehi oleh mereka di Tanah Air mereka sendiri sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Mereka dihalang dari terlibat secara langsung soal-soal pentadbiran Palestin dan dihalang dari menganggotai kesatuan-kesatuan sekerja telah gambarkan bahawa Zionis telah berusaha memulaukan masyarakat Arab dan bertindak menghalang ekonomi mereka daripada terus berjalan. Akibat tekanan-tekanan yang dihadapi oleh penduduk Arab menyebabkan mereka melancarkan rusuhan-rusuhan.

3) Keganasan dan pengusiran rakyat Arab-Palestin oleh kumpulan pengganas Yahudi-Israel

Perpindahan besar-besar penduduk Palestin keluar dari penempatan utama seperti Haifa, Jaffa, dan Baitul Maqdis adalah disebabkan oleh aksi-aksi terorisme dan pembunuhan beramai-ramai penduduk Arab yang dilakukan oleh gerombolan-gerombolan pengganas Yahudi Irgun, Stern Gang dan unit bersenjata Haganah. Pembunuhan ini telah dijadikan bahan propaganda untuk menggesa penduduk Arab supaya meninggalkan kampung halaman mereka. Melalui kaedah keji ini, Zionis menguasai lebih banyak kawasan iaitu 77% dari Negara Palestin yang asal.

4) Kemusnahan yang Dahsyat.

Kemusnahan yang berlaku bukan hanya terhadap pengecilan kawasan Palestin tetapi juga kemusnahan alam sekitar yang diakibatkan oleh peperangan Arab-Israel tersebut. System politik, ekonomi, sosial masyarakat kucar-kacir dan banyak lagi yang merosakkan system dalaman bagi wilayah Palestin.[50] Kerosakan yang dialami oleh rakyat, wilayah, dan Negara Palestin telah member kesan yang berpanjangan. Selain dari pembunuhan, pencabulan hak asasi juga turut berlaku seperti rogol dan sebagainya. Kemusnahan alam sekitar juga berlaku seperti kemusnahan tempat awam, tempat ibadat orang Islam serta hasil tanaman juga turut mengalami kemusnahan yang amat dahsyat

 

 

Penilaian

Negara Eropah sememangnya menyokong gerakan Israel. Selain itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut dikawal oleh Amerika Syarikat. Oleh itu, umat islam perlu mengambil pengajaran untuk berhati-hati dengan Negara Eropah, bahkan PBB yang bertopengkan Amerika. Walaupun pihak Yahudi diserang dari segenap penjuru oleh negara-negara Arab, namun kerana kurangnya koordinasi dan disiplin, hampir kesemua serangan tentera Arab mengalami kekalahan. Namun, punca sebenar kekalahan sebenar mereka adalah disebabkan oleh konspirasi yang didalangi oleh kuasa-kuasa imperialis British dan Amerika yang telah merestui kewujudan Israel. ( kekalahan tentera bantuan dari Liga Arab dan komplot kuasa besar yang menyebelahi pihak Yahudi-Isreal dalam Perang Arab-Israel)

Kesimpulan

Kejatuhan empayar Uthmaniyyah dan berlarutan sehingga sekarang. Semua ini disebabkan satu matlamat iaitu merebut bumi Palestin yang sememangnya “Tanah Rahmat”. Selepas pengisiharan sistem mandate (1919) dan deklarasi balfour (1917) Yahudi tanpa segan silu melancarkan strateginya untuk mewujudkan sebuah negara Israel di bumi Palestin yang merupakan milik sah penduduk Arab Islam. Pada masa yang sama penduduk Arab bertindak mempertahankan kedaulatan dan hak mereka keatas tanah milik mereka. Pada tahun 1947, Perserikatan Bangsa-Bangsa memutuskan untuk membahagi wilayah Mandat Britania atas Palestina. Tetapi hal ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah lainnya dan juga banyak negeri-negeri Muslim. Kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di daerah ini. Sedangkan kota Yerusalem yang dianggap suci, tidak hanya oleh orang Yahudi tetapi juga orang Muslim dan Kristen, akan dijadikan kota internasional. Lantaran daripada rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku akhirnya telah membawa kepada tercetusnya Perang Arab-Israel yang mana berlarutan sehingga kini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka

    Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka 1)  Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka -Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan. Pemilihan lokasi ini menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu. a)  Pemilihan lokasi yang strategik oleh Parameswara i)  Laluan perdagangan – Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang ii)  Bentuk muka bumi – Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukitbakau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang iii)  Benteng pertahanan – Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh. iv)  Terlindung angin monsun – Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berla...

Geografi Alam Sekitar Fizikal : Hutan Hujan Tropika

  ekosistem hutan hujan tropika - juga dikenali sebagai hutan tropika lembab yang meangkumi pelbagai jenis ekosistem yang paling rumit di muka bumi ini.Kepelbagaian jenis ekosistem disebabkan terdapatnya pelbagai jenis tumbuhan semula jadi yang dipengaruhi olh kepelbagaian jenis iklim.Tumbuhan semulajadi di kawasan hutan terbahagi kpd dua : i)ekosistem hutan hujan malar hijau – contohnya hutan paya air tawar,hutan paya bakau, dan ekos tumbuhan pantai ii)ekosistm hutan hujan tropika separa malar hijau – ekos hutan gambut,hutan sekunder dan hutan sekunder   ciri2 ekosistem hutan hujan tropika malar hijau - dikenali sebagai hutan hujan khatulistiwa -menerima hujan antara 1500 hingga 26000 mm setahun -purata suhu 25 hingga 27 celcius -kwujudan kepelbagaian biologi atau kepelbagaian spesies oko dan kaya dengan hidupan flora dan fauna -hutan hujan tropika terdiri drpd 4 lapisan : I)Lapisan A :lapisan tertinggi antara 40 hingga 50 meter dan pokok2 jenis ...

Kesusasteraan Melayu : Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

  Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur WATAK 1.Encik muhammad(firma serba dagang internasional kuala lumpur) 2.Rahim(jurusan kejuruteraan lombog dari london) 3.Rohana (pelajar tingkatan 4) 4.Cik puan tipah (ladang orkid) 5.Datuk tan chong seng (syarikat tan enterprise) 6.Datin tan 7.Lily(belajar di um thn pertama) 8.Robert 9.Sudin (anak imam saad dan broker) 10.Imam saad (imam kg lembah tualang 11.Mak minah 12.Yang Berhomat Mohd Yusof 13.Tauke chan 14.Syarifah mahani 15.Tan sri syed aris 16.Syarifah muinah 17.Syarifah naimah (meninggal) 18.Mary(bekas setiausaha e/m) 19.Syarifah dora (ibu syed aris) 20.Tuan syed salim al makky (ayah Syarifah muinah dan Syarifah naimah) 21.Penghulu mahmud (orangkaya datuk indera) 22.Datuk idris muhammad saman (ayah en/m) 23.Datuk indera bendahara muda (memrgi org inggeris kutip cukai di daerah lombongnya) 24.Mat akil(berak di cadar kawin sudin/mnyebkan sudin kmlgn dan memukul lebai maarup) 25.Tu...