Langkau ke kandungan utama

Sejarah : Pendudukan Jepun dan Ekonomi Tanah Melayu


 

Pendudukan Jepun dan Ekonomi Tanah Melayu

Isi-isi penting

  1. Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun
  2. Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun
  3. Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu
  4. Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun

  1. Memperbaiki kelengkapan tentera yang rosak dan menjadi pusat simpanan senjata.
  2. Menyediakan sumber bekalan tentera.
  3. Mendapatkan sumber bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri Jepun. Jepun sebagai sebuah kuasa imperialisme Timur datang ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh aspek-aspek yang berikut:
    A. INDUSTRI: Untuk mendapatkan bahan mentah dan memasarkan barangan keluaran mereka setelah semua kuasa besar seperti Inggeris, Perancis, Amerika Syarikat, dan Belanda sepakat untuk menghalang Jepun mengembangkan ekonominya.
    B. POLITIK: Bagi memecahkan monopoli kuasa barat yang menguasai wilayah Timur yang mengawal pengembangan ekonomi dan politik untuk kepentingan kuasa mereka dan rakan-rakan benua mereka.
    E: EKONOMI Penguasaan ekonomi menjadi matlamat apabila Jepun gagal menunaikan slogan politik mereka Lingkungan Sekemakmuran Asia, dan Asia bagi orang Asia yang membolehkan Jepun sebagai pemimpin Asia untuk membebaskan negara-negara Asia daripada cengkaman Barat. Sebaliknya Jepun mencengkam negara-negara tersebut untuk perkembangan ekonomi mereka.

Keadaan Ekonomi Tanah Melayu Semasa Pendudukan Jepun

  1. Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah. Inggeris menjalankan Dasar Bumi Hangus dengan membakar semua gudang-gudang simpanan makanan, terutama beras.
  2. Keadaan saliran dan bekalan air musnah. Jepun tidak berupaya untuk membaiki semula keranan kekurangan alat ganti dan tenaga buruh. Kesannya, ia menghalang pembangunan pertanian.
  3. Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam negeri atau luar negeri kerana dihalang oleh tentera berikat. Keadaan luar disekat oleh tentera laut berikat dan di dalam negeri oleh pergerakan bawah tanah seperti MPAJA. Selalu menyerang hendap konvoi bekalan makanan Jepun.
  4. Tidak ada pengeluaran bahan mentah dan jika ada harganya sangat mahal. Sebagai contoh pengeluaran hasil galian menjunam dengan hanya empat buah lombong bijh timah beroperasi di Johor. Sebelum itu pada 1939 sebanyak 70 buah, 1941 63 buah. Bagi lombong besi, boksit dan arang batu, tidak ada aktiviti dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak 2 buah lombong yang menjalankan setiap aktiviti perlombongan. Jumlah keseluruhan perlombongan menurun daripada 76 buah pada 1939 kepada 4 buah pada 1946.
  5. Ekonomi Tanah Melayu berbalik asal dengan menjalankan ekonomi sara diri, iaitu dengan menjalankan tanaman di halaman rumah. Tanaman yang ditanam, bukan sahaja sayur-sayuran , tetapi padi.
  6. Bekalan makanan yang berkurangan menyebabkan berlakunya catuan makanan. Kad-kad catuan diedarkan bagi mengawal taburan makanan kepada penduduk.
  7. Berlaku sorokan barang-barang keperluan sebab keutamaan diberikan kepada askar dan pekerja-pekerja Jepun.
  8. Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat. Keadaan ini berlaku disebabkan semua batalion tentera boleh mencetak wang. Kesannya:
    a. Nilai wang terlalu rendah
    b. Peningkatan kadar inflasi
    c. Masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri.
  9. Pada peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi dapat diatasi dengan hukuman yang berat.
  10. Tawaran dan peluang pekerjaan merosot.

Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu

1. Matlamat utama Dasar pembangunan Ekonomi:

  1. Memastikan bekalan makanan mencukupi.
  2. Mengurangkan kadar inflasi.
  3. Merendahkan harga barangan

Langkah-langkah yang diambil:

1.1: Dasar Kewangan

  1. menggalakkan penyimpanan di Pejabat Pos.
  2. menghadkan pengeluaran wang simpanan. Sebagai contoh: penduduk Muar, Johor Baharu dan Batu Pahat boleh keluarkan sebanyak $300.00 sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi, Tangkak, Pontian, dan Mersing $200.00 sahaja.
  3. pengeluaran perlu disertakan dengan boucer dan perlu mendapat kelulusan daripada District Tresurer for Payment.
  4. penjualan tiket-tiket loteri kepada penduduk.
  5. Melantik Southern Region Developement Bank bagi mengawal pengeluaran wang.

1.2: Dasar Pertanian

  1. Menubuhkan labour corp bagi megatasi masalah buruh untuk menggerakkan aktiviti pertanian.
  2. Menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian sara diri.
  3. Catuan makanan. empat kati beras untuk dewasa dan dua kati untuk kanak-kanak serta sati kati gula pasir.
  4. Penebangan kawasan hutan dan ladang getah bagi penanaman padi.
  5. Memberikan bantuan subsidi kepada pengusaha yang menjalankan pertanian secara komersial seperti yang berikut:
    i. $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan membakarnya selepas Oktober 1943.
    ii. $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.
    iii. $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan jagung, keledek atau ubi.
    iv. Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan kelapa selepas Oktober 1943 akan diberi subsidi sebanyak $15.00 setiap ekar. Walaupun begitu mereka yang menanam dengan padi huma akan diberi sebanyak $10.00.

1.3: Kawalan Komoditi dan Taburan Makanan

  1. Setiap konvoi makanan diiringi oleh sepasukan tentera Jepun.
  2. Penubuhan persatuan sepert Johor State Goverrment Service Consumer’s Association bagi membantu kakitangan kerajaan memperoleh sumber makanan.
  3. Pengawalan penyelewengan edara makanan. Diwujudkan jawatan Pengawal Makanan bagi menentukan pengedar menjualkan makanan kepada penduduk dan bukan kepada pergerakan anti-Jepun.
  4. Menghalang dan menghukum penyorok makanan dengan hukuman bunuh selain mengharamkan aktiviti orang tengah.

1.4 Kesan kemelesetan ekonomi dari sudut sosial.

  1. Berlaku kebuluran dan masalah sosial.
  2. Peningkatan penyakit dan kematian.
  3. Kekurangan ubatan dan zat makanan.
  4. Wujud pekerja sukarela membaiki kemudahan awam di tempat masing-masing.
  5. Kelunturan akidah Islam di kalangan orang-orang Melayu.

Pengukuran sumbangan Jepun dalam memajukan ekonomi Tanah Melayu

Perbincangan mengenai sejauh mana kejayaan dan sumbangan Jepun untuk membangunkan ekonomi Tanah Melayu perlu dilihat dari sudut kejayaan dan kegagalan tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh Jepun. Dari sudut dasar yang diambil sememangnya Jepun cuba mengurangkan masalah kemelesetan ekonomi, tetapi dari sudut kejayaan Jepun tidak menunjukkan kejayaan yang boleh dikaitkan dengan sumbangan cemerlangnya. Hal ini dapat dibuktikan dengan keadaan masyarakat yang tidak berubah sejak pencerobohan Jepun pada Disember 1941.


Ekonomi Tanah Melayu Mundur Selepas Kedatangan Jepun

Dengan kata lain Jepun telah mengundurkan ekonomi Tanah Melayu ke belakang. Hal ini kerana dari sudut matlamat sahaja Jepun tidak berusaha untuk menunjukkan kesungguhan yang nyata. Boleh dikatakan Dasar Ekonomi Jepun di Tanah Melayu telah dicampuradukkan sehingga matlamatnya tidak berfungsi. Dalam mementingkan bekalan makanan mencukupi Jepun telah memusnahkan asas ekonomi Tanah Melayu sebagai pengeluuar getah dan timah yang utama. Aktiviti-aktiviti ekonomi ini merupakan ekonomi teras kepada Tanah Melayu semasa zaman pendudukan Inggeris. ( Rujuk jumlah lombong yang dilombong di Johor sebagai perbandingan ) Bekalan makanan merupakan isu yang terpenting, maka Jepun telah memusnahkan ladang-ladang getah dan digantikan dengan tanaman seperti padi, jagung, keledek, dan ubi. Sebenarnya dasar yang diambil ini tidak begitu berjaya disebaliknya ia membangkitkan rasa kecewa masyarakat Melayu kerana banyak tanah simpanan Melayu telah diserahkan kepada orang-orang Cina. Malahan usaha yang dijalankan ini masih lagi tidak mencukupi kerana sehingga penyerahan kalah Jepun masyarakat Tanah Melayu masih lagi menghadapi kekurangan makanan, terutama masyarakat bandar.


Nilai Mata Wang Jatuh

Kegagalan ini dapat dimengertikan kerana para penanam tidak menghargai wang. Nilai wang telah jatuh begitu teruk. Perkara yang penting ialah bagaimana mereka dapat mengisikan perut dengan makanan. Lagipun mereka tidak mempercayai sah laku wang Jepun yang dicetak secara berleluasa sehingga ada yang tidak mempunyai nombor siri. Walaupun Jepun berusaha berkempen supaya masyarakat menabung, tetapi masyarakat tidak perlukan wang, dan nilai wang yang diragui menyebabkan aktiviti ini tidak berkesan. Ini kerana setiap pasukan tentera Jepun akan mencetak wang tanpa kawalan.

Kemajuan ekonomi biasanya dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:

  1. Banyaknya peluang pekerjaan.
    Semasa zaman pendudukan Jepun peluang pekerjaan semakin berkurangan.
  2. Kemakmuran bekalan

    a. bahan makanan
    b. kemudahan asas
    c. pakaian dan bahan keperluan harian
    d. taraf kesihatan
    e. kadar kematian dan hidup

    Semua keadaan ini tidak dinikmati oleh masyarakat Tanah Melayu
  3. Tidak ada atau sangat kurang berlakunya aktiviti kecurian, penyorokan, dan penipuan oleh pengedar.
  4. Tiada catuan bahan mentah. Wujudnya pencatuan makanan dibuktikan dengan adanya kad-kad catuan makanan bagi setiap ahli keluarga.
  5. Nilai wang tinggi. Dengan kata lain nilai inflasi berkurangan. Dalam zaman Jepun wang tidak bernilai kerana tidak terdapat bahan yang boleh dibeli.
  6. Ekonomi ekspot yang dipelopori oleh Inggeris bertukar kepada ekonomi sara diri, kerana Jepun lebih menggalakkan petani menanam tanaman makanan . Mereka yang berbuat demikian diberi imbuhan dan bantuan. Selain itu, ladang-ladang getah ditebang untuk memberi laluan tanaman makanan.


Kesimpulan

Berdasarkan aspek pengukuran di atas Jepun sebenarnya gagal dalam menjana ekonomi Tanah Melayu dan ini merupakan salah satu sebab mengapa Jepun akhirnya ditentang oleh masyarakat pribumi. Sebagai kesimpulannya, niat negara-negara Imperialisme ini bukan untuk merubah negara yang dijajah mereka, tetapi lebih kepada mencari keuntungan untuk memantapkan mereka sebagai sebuah kuasa besar dunia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka

    Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka 1)  Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka -Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan. Pemilihan lokasi ini menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu. a)  Pemilihan lokasi yang strategik oleh Parameswara i)  Laluan perdagangan – Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang ii)  Bentuk muka bumi – Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukitbakau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang iii)  Benteng pertahanan – Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh. iv)  Terlindung angin monsun – Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berla...

Geografi Alam Sekitar Fizikal : Hutan Hujan Tropika

  ekosistem hutan hujan tropika - juga dikenali sebagai hutan tropika lembab yang meangkumi pelbagai jenis ekosistem yang paling rumit di muka bumi ini.Kepelbagaian jenis ekosistem disebabkan terdapatnya pelbagai jenis tumbuhan semula jadi yang dipengaruhi olh kepelbagaian jenis iklim.Tumbuhan semulajadi di kawasan hutan terbahagi kpd dua : i)ekosistem hutan hujan malar hijau – contohnya hutan paya air tawar,hutan paya bakau, dan ekos tumbuhan pantai ii)ekosistm hutan hujan tropika separa malar hijau – ekos hutan gambut,hutan sekunder dan hutan sekunder   ciri2 ekosistem hutan hujan tropika malar hijau - dikenali sebagai hutan hujan khatulistiwa -menerima hujan antara 1500 hingga 26000 mm setahun -purata suhu 25 hingga 27 celcius -kwujudan kepelbagaian biologi atau kepelbagaian spesies oko dan kaya dengan hidupan flora dan fauna -hutan hujan tropika terdiri drpd 4 lapisan : I)Lapisan A :lapisan tertinggi antara 40 hingga 50 meter dan pokok2 jenis ...

Kesusasteraan Melayu : Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

  Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur WATAK 1.Encik muhammad(firma serba dagang internasional kuala lumpur) 2.Rahim(jurusan kejuruteraan lombog dari london) 3.Rohana (pelajar tingkatan 4) 4.Cik puan tipah (ladang orkid) 5.Datuk tan chong seng (syarikat tan enterprise) 6.Datin tan 7.Lily(belajar di um thn pertama) 8.Robert 9.Sudin (anak imam saad dan broker) 10.Imam saad (imam kg lembah tualang 11.Mak minah 12.Yang Berhomat Mohd Yusof 13.Tauke chan 14.Syarifah mahani 15.Tan sri syed aris 16.Syarifah muinah 17.Syarifah naimah (meninggal) 18.Mary(bekas setiausaha e/m) 19.Syarifah dora (ibu syed aris) 20.Tuan syed salim al makky (ayah Syarifah muinah dan Syarifah naimah) 21.Penghulu mahmud (orangkaya datuk indera) 22.Datuk idris muhammad saman (ayah en/m) 23.Datuk indera bendahara muda (memrgi org inggeris kutip cukai di daerah lombongnya) 24.Mat akil(berak di cadar kawin sudin/mnyebkan sudin kmlgn dan memukul lebai maarup) 25.Tu...