Langkau ke kandungan utama

Sejarah : Pendidikan Di Malaysia Abad Ke 21

 


PENDIDIKAN DI MALAYSIA DALAM ABAD KE-21

Tahun 1957, sistem pendidikan kebangsaan berubah ke arah kemajuan dan pemantapan.

-Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT )

-Cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasakan pengetahuan atau K-ekonomi.

-Cabaran tersebut menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaiang pada peringkat tempatan dan global, memiliki jati diri yang tinggi.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( DPK )

-          Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, timbul kesedaran para pemimpin dan rakyat tentang kepentingan mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan.

-          Sebagai kesannya, Penyata Razak 1956 dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957, disemak semula pada tahun 1960.

-          Laporan Rahman Talib dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961.

Jawatankuasa Kabinet 1974 – Kajian semula DPK untuk baiki pelaksanaannya dan mencapai matlamat perpaduan rakyat serta pembangunan negara. – Laporan Jawatankuasa Kbinet 1979. 

OBJEKTIF DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

       BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialan untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya ……( Akta Pelajaran 1961 )

-          Menyatupadukan kanak² sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja/ tenaga rakyat bagi keperluan ekonomi. ( Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib )

-  Memenuhi keperluan tenaga rakyat dalam jangkaan panjang dan pendek serta melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. ( Jawatankuasa Kabinet 1979 ) 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

       Memberi penekanan kepada melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmoni, yang dapat mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

   ( Matlamat penting sistem pendidikan negara )

EMPAT MATLAMAT PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA DALAM ABAD KE- 21

Matlamat Pertama :

    - mengambil kira Dasar Wawasan Negara yang bertujuan      membina bangsa yang berdaya tahan, menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama, mengekalkan pertumbuhan ekonomi, membangunkan daya saing antarabangsa, membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, memperkukuh pembangunan sumber manusia, dan meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan.

Matlamat Kedua :

    - menentukan semua warganegara Malaysia memperolehi peluang pendidikan selama 12 tahun dari segi akses, ekuiti dan kualiti.

Matlamat Ketiga :

    - Perancangan dan Perlaksanaan adalah berdasarkan empat teras :-

      i.  Meningkatkan akses kepada pendidikan.

     ii.  Meningkatkan ekuiti dalam pendidikan.

    iii.  Meningkatkan kualiti pendidikan.

    iv.  Meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan.

Matlamat Keempat :

    - Rangka pembangunan ini difokuskan kepada pembangunan pendidikan :-

      i.  Prasekolah

     ii.  Sekolah Rendah

    iii.  Sekolah Menengah

    iv.  Pendidikan Tertiari

PENDIDKAN PRASEKOLAH

       Tujuan pendidikan prasekolah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh sebelum pendidikan formal.

       Kemahiran berkomunikasi, sosial dan kemahiran² lain sebagai persediaan ke sekolah rendah.

       Matlamat pembangunan pendidikan prasekolah adalah menginstitusikan pendidikan prasekolah bagi menyediakan pendidikan untuk kanak² berumur 5+ tahun.

       Mewajibkan penggunaan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah kecuali di prasekolah ekspatriat.

       Memantapkan makanisme pemantauan program prasekolah yang dilaksanakan oleh agensi² kerajaan dan swasta.

ISU DAN CABARAN PRASEKOLAH

ž  Kadar penyertaan murid prasekolah pada tahun 2000,

      i. 5.2% kanak menyertai prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. ( KPM )

     ii. 36.3% kanak menyertai KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara.

    iii. 22.5% menyertai prasekolah swasta.

    iv. 36.0% tidak menyertai prasekolah.

-          Cabaran kepada KPM untuk memperluaskan progaram prasekolah bagi memenuhi keperluan kanak²yang tidak berpeluang mengikut pendidikan prasekolah.

-          Kualiti progaram prasekolah dijalankan oleh KPM, KEMAS, Jabatan Agama Islam Negeri, dan Jabatan Perpaduan Negara serta pertubuhan bukan kerajaan didapati terdapat orientasi dan falsafah di kalangan pelbagai agensi pelaksana. Ini menyebabkan tiada keseragaman pelaksanaan program ini.

STRATEGI PELAKSANAAN PRASEKOLAH

Untuk menangani isu-isu dan cabaran di atas, KPM akan mengariskan langkah² strategi pelaksanaan seperti :

   1.mewajibkan semua agensi pelaksana program prasekolah menggunakan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.

     2.Memperkukuh mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan ke atas program prasekolah yang dianjurkan oleh semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

   3. Menyediakan kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah.    

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Matlamat Pembangunan Pendidikan Sekolah Rendah :

      - menyediakan infrastruktur ke arah pendidikan wajib peringkat rendah.

      - mengurangkan kadar keciciran ke arah kadar keciciran sifar dlm kalangan  murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

      - menyediakan kemudahan pembangunan pendidikan rendah yg  mencukupi untuk murid dari umur 6+ tahun.

      - meningkatkan kemahiran 3M, sosial, dan kemahiran asas komputer.

      - memperkukuhkan penguasaan murid dalam mata pelajaran  BM, BI, Math, Sains.

      - memupuk asas perpaduan rakyat yang kukuh dengan p’kenalkan mata pelajaran Bahasa Mandarin, dan Bahasa Tamil di sekolah kebangsaan.

      - menyediakan guru terlatih secukupnya selaras dengan permintaan pada peringkat pendidikan rendah.

      - menempatkan 50% guru siswazah terlatih menjelang tahun 2010

ISU DAN CABARAN SEKOLAH RENDAH

       Kadar 100% penyertaan murid pada peringkat rendah iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 masih belum tercapai.

       Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran menghadapi masalah kerana pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dengan luar bandar.

       Masalah sekolah kurang murid – sekolah terletak di luar bandar dan pedalaman, lagipun bangunan sekolah yang daif dan serba kekurangan.

       Kadar keciciran murid Orang Asli dan kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak tinggi iaitu 62%.

       Peluang mendapatkan Program Pendidikan Khas amatlah sukar terutama di luar bandar.

       Pencapaian Akademik UPSR sekolah rendah di luar bandar lebih rendah berbanding pencapaian murid di bandar.

       Kekurangan guru terlatih di sekolah rendah masih wujud di luar bandar terutama mata-mata pelajaran yang kriktikal.

Nisbah Guru dengan Murid – masih terdapat sekolah rendah di bandar besar yang mempunyai nisbah guru-murid yang lebih tinggi dan masalh kelas sesak

STRATEGI PELAKSANAAN

-Meningkatkan kadar penyertaan murid pada peringkat sekolah rendah melalui program orientasi alam persekolahan dan melaksanakan pendidikan wajib dari Tahun1 hingga Tahun 6.

-Meningkatkan kemahiran dan penguasaan 3M dan memperkembangan potensi di kalangan murid sekolah rendah.

-Memantapakn kualiti guru dengan penempatan 505 guru siswazah menjelang tahun 2010.

-Memantapakan dan meluaskan pendidikan khas dengan menyesuaikan kurikulum, menyediakan bilangan guru yang cukup, menggalakkan penyertaan dan sumbangan masyarakat.

-Meningkatkan infrastruktur sekolah tanpa mengira lokasi.

-Meningkatkan kualiti proses P&P.

-Memantapkan pelbagai aktiviti yang menjurs ke arah perpaduan kaum.

-Mengukuhkan kurikulum supaya relevan dengan keperluan semasa dan negara.

-Memantapkan program kokurikulum untuk memperkukuhkan perkembangan JERI murid.

-Mengkaji semula kadar geran kapita sekolah rendah supaya lebih realistik.

MATLAMAT PEMBANGUNAN PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

       melaksanakan penstrukturan semula pendidikan menengah.

       Mengubah suai kurikulumselaras dengan matlamat penstrukturan semula pendidikan menengah.

       Meningkatkan penekan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan krestif.( KBKK )

       Menyediakan infrastruktur yang lengkap.

       Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan ICT.

       Menekankan kemahiran mengaplikasikan ICT.

       Memberi penekanan kepada sains dan teknologi.

       Memperluaskan program peningkatan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

       Menekankan program pembangunan insan.

       Menyediakan tenaga pengajar terlatih yang mencukupi serta berkemahiran, dan berpengetahuan.

ISU DAN CABARAN

Strutur Pendidikan di Malaysia :-                                                                                       

      i. bilangan tahun persekolahan tidak sama dengan kebanyakan negara lain.

     ii. Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke IPT

    iii. Cabaran KPM adalah menstrukturkan semula pendidikan menengah daripada 3+2+2 kepada 4+2.

Akses kepada Pendidikan Menengah:-

      i. kadar keciciran masih tinggi.

     ii. Enrolmen Tingkatan 6 amatlah rendah.

Peluang pendidikan kepada pelajar miskin dan pelajar bermasalah kesihatan.

Penyertaan dlm jurusan Sains & Teknikal masih jauh drp sasaran.

 Masalah ekuiti dalam pendidikan menengah adalah seperti :-

      i. Sekolah berasrama penuh.

     ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

    iii. Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.

    iv. Perbezaan sekolah bandar dan luar bandar.

     v. Penempatan guru terlatih.

 

 

Isu Kualiti Pendidikan Menengah :-

      i. Infrastruktur  bangunan sekolah daif dan kemudahan asas kekurangan.

     ii. Pendidikan Sains dan Teknologi – tahap penyertaan pelajar rendah.

    iii. Penguasaan Bahasa Inggeris – Peratus kelulusan adalah rendah peringkat SPM.

    iv. Bahan Bantu Mengajar – bahan berasaskan teknologi pendidikan ICT kurang dimanfaatkan oleh guru dan pelajar.

     v. Proses P&P – chaik and talk menyebabkan guru tidak menjadi        fasilitator pembelajaran.

    vi. Aktiviti Kokurikulum – sukar mengimbangi tumpuan akademik

        dan kokurikulum serta mengutamakan keselamatan dalam

        pelaksanaan aktiviti kokurikulam.

   vii. Kesukaran merealisasikan falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

        tuntutan perubahan melalui pelaksanaan kurikulum.

   viii.kekurangan bilangan guru terlatih dlm mata-mata pelajaran

        kritikal spt Sains, Teknikal dan B. Inggeris.

STRATEGI PELAKSANAAN

       Pelaksanaan penstrukturan sistem pendidikan menengah kpd 4+2 melalui program pembangunan insan.

       Peningkatan dan kemudahan infrastruktur sekolah dan kebajikan pelajar.

       Peningkatan dan perluasan pengunaan ICT.

       Pemantapan kurikulum sek. Menengah supaya pelajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

       Peningkatan penyertaan pelajar dlm jurusan Sains.

       Peningkatan kualiti P&P Sains.

       Peningkatan penguasaan BM & BI.

       Peningkatan dan penekanan kpd penilaian formatif.

       Pengukuhan program bimbingan kerajaya & kaunseling pelajar.

       Peningkatan bil.guru terlatih di kawasan luar bandar & kualiti guru.

       Peningkatan pengunaan bahan bantu mengajar.

       Pemantapan program Ko-kurikulum.

       Peluasan penglibatan komuniti untuk  kemajuan sesebuah sekolah.

ISU DAN CABARAN

Peluang pend. Tertiari yang sedia ada tidak mencukupi utk memenuhi permintaan masy. & keperluan negara yang semakin meningkat.

       Kebanyakan IPTS beroperasi di bandar besar berbanding dengan di luar bandar.

       Keseimbangan sosioekonomi antara kaum tidak memenuhi hasrat.

       Keperluan Sains & Teknologi masih tidak mencukupi

       Keperluan tenaga kerja mahir & separa profesional adalah tidak seimbang dan tidak dengan nisbah enrolmen di universiti awam & IPTS

       Kualiti bidang pengajian utk menghasilkan kecemerlangan dalam penddidkan.

       Penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa-bahasa Antarabangsa khususnya B. Inggeris.

       Penyelidikan & pembangunan ke arah berkemampuan menjana pengetahuan baru yang mempunyai nilai komersial

       Perkembangan pesat dalam bidang ICT

       Pusat kecemerlangan Pendidikan-berdaya saing pada pkt. Antarabangsa

       Pembiayaan pengajian pelajar-memperluas bantuan kewangan kpd pelajar yang berkelayakan.

STRATEGI PELAKSANAAN

1.     Meningkatkan akses & penyertaan dlm. Pend. Tertiari.

2.     Penyediaan peluang  pend. Tinggi yang lebih seimbang di seluruh  negara.

3.     Pewujudan keseimbangan sosioekonomi antara kaum dlm. penyediaan peluang pend.tertiari.

4.     penekanan kpd keperluan Sains & Teknologi negara.

5.     penyediaan tenaga kerja mahir & separa profesional yang seimbang

6.     pemantapan bidang pengajian secara berterusan.

7.     pemastian sumber tenaga manusia yang dihasilkan oleh institusi

8.      pend. Tertiari menguassai kemahiran berkomunikasi dlm.  bahasa antarabangsa

9.     pemastian bilangan tenaga pengajar mencukupi & berkualiti.

10.   meningkatkan & memperluaskan aktiviti R&D di institusi pend.  tertiari.

11.   meningkatkan pengunaan & penguasaan ICT

12.   pewujudan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pend.

peluasan kemudahan bantuan kewangan utk. Pelajar yang berkelayakan

 

 

POLISI BERSABIT PELAJAR

Kamus Dewan (1996)

Polisi secara amnya dapatlah didefinisikan sebagai rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan dan biasanya ia merujuk kepada dasar sesebuah kerajaan

Pelajar Seseorang yang menerima apa-apa perihalan pendidikan, pengajaran atau latihan daripada institusi pendidikan.

(Akta Pendidikan1996)

Murid Seseorang , tanpa mengira umurnya, yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan.

(Akta Pendidikan1996)

POLISI BERSABIT PELAJAR

*        Peluang Belajar

*         Pendaftaran Pelajar

*         Kesihatan Pelajar

*         Tatacara Pakaian Pelajar

*         Penglibatan Kokurikulum

Peluang Belajar

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

- Seksyen 29, Bab 3 Pendidikan Rendah

- Seksyen 30-31, Bab 4 Pendidikan Menengah

- Seksyen 33, Bab 5 Pendidikan Lepas Menengah

KESIHATAN PELAJAR

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

- Seksyen 65, Bab 12 Penyediaan  Kemudahan dan Perkhidmatan

menyatakan; pemeriksaan perubatan dan pergigian pada  tempoh yang sesuai ke atas murid di institusi pendidikan.

jika tidak mematuhi kehendak ini tanpa alasan yang

  munasabah adalah melakukan kesalahan dan boleh,

  apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus

  ringgit.

 Surat Pekeliling KPPM Bertarikh 23 Nov.1998 [Taraf   

            Kecergasan Murid Sekolah]

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985 

          [Peraturan Pakaian Pelajar]

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2000  [Panduan Keselamatan Pelajar Semasa 

          Penglibatan Kokurikulum]

Pelajar WAJIB mengikuti Program Khidmat Negara (PLKN) mulai tahun 2004 bagi pelajar-pelajar lepasan SPM.

 Jangka masa latihan ialah 3 bulan.

 Menghabiskan 4 modul iaitu:

a. Modul 1 – Modul Fizikal

b. Modul 2 – Modul Kenegaraan

c. Modul 3 – Modul Pembinaan Karakter

d. Modul 4 – Modul Khidmat Komuniti

 

POLISI BERSABIT DENGAN PEPERIKSAAN

Tujuan KPM mengadakan peperiksaan ialah

PERTAMA, sebagai satu langkah untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan

KEDUA, peperiksaan juga sebagai satu alat untuk membuat sesuatu keputusan.

KETIGA, peperiksaan juga bertujuan untuk menjadi daya pendorong dalam pelajaran

PEPERIKSAAN LUAR NEGARA

q  University of London

q  Associated Board of the Royal School of Music (ABRSM)

q  City and Guilds of London Institute(CGLI)

q  Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA)

q  The Association of International Accountants (AIA)

q  Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)

q  Association of Business Executives (ABE)

q  Chartered Institute of Building(CIOB)

q  Institute of Chartered Shipbrokers(IOCS)

q  London Chamber of Commerce and Industry (LCCI)

BADAN BERKANUN DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

• Terdapat 9 badan berkanun iaitu Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Institut Aminudin Baki (IAB), Institut Terjemahan Negara  Malaysia (ITNM), Jemaah Nazir Sekolah (JNS), Majlis Sukan-Sukan Sekolah (MSSN), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

• Badan Berkanun yang mengendalikan peperiksaan adalah LPM dan MPM.

  

 

 

LEMBAGA PEPEPERIKSAAN MALAYSIA (LPM)

          LPM ditubuhkan pada 2 Julai 1957. LPM bertanggungjawab untuk mengendalikan semua peperiksaan awam untuk semua peringkat sekolah rendah dan menengah di Malaysia kecuali STPM dan MUET.

          Di samping itu lembaga ini juga memberi kerjasama mengendalikan peperiksaan-peperiksaan lain bagi pihak badan peperiksaan luar negeri yang menawarkan sesuatu peperiksaan kepada calon-calon Malaysia

OBJEKTIF LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

q  Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

q  Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan dan penilaian sekolah, peperiksaan dan penilaian pusat dan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara

q  Memberi khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat rundingan tentang Sistem Peperiksaan dan Pentaksiran Kebangsaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

FUNGSI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

q  Penggubalan dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat kurikulum

q  Penggubalan spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran

q  Penggubalan alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum

q  Penyelarasan, pengeluaran, percetakan dan pengedaran alat pengukuran

q  Pengawalan dan pengendalian peperiksaan awam dan luar negeri

q  Pemprosesan kemasukan calon dan data, pengeluaran keputusan dan sijil dan penganalisisan statistik

q  Pengurusan Bank Soalan

q  Penyelidikan untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan dan pengesanan "standard"

q  Pengurusan khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat perundingan

q  Pemberian kelulusan kepada mana-mana institusi pendidikan bagi mengadakan/mengendalikan peperiksaan, menjalankan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan, panduan dan arahan peperiksaan.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)

q  MPM ialah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980, di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta 225, Akta Majlis Peperiksaan Malaysia (1980)

q  MPM ditubuhkan dengan matlamat seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 7, Akta 225, iaitu untuk mengelolakan, tertakluk kepada dan mengikut akta ini, peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu.

q  Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan ujian Malaysian University English Test (MUET).

q  Peperiksaan STPM bermula dengan peperiksaan tahun 1982

q  Terkini (2003) mengendalikan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) SSM untuk KPM

FUNGSI MPM

          Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan

          Mengkaji, mengemaskinikan dan menggubal sukatan pelajaran peperiksaan

          Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan

          Menyelaras pendaftaran calon peperiksaan

          Menyelaras pengendalian peperiksaan dan pemarkahan skrip jawapan calon

          Memproses dan menyemak keputusan peperiksaan

          Menetapkan standard kertas dan mata pelajaran serta menganugerahkan keputusan peperiksaan

          Mentafahus (memeriksa dengan teliti) rayuan tentang keputusan peperiksaan

          Melatih kakitangan urus setia dan penjawat MPM

          Mengkaji dan menyelidik perilaku calon dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peperiksaan

 

PENGURUSAN PEPERIKSAAN DI SEKOLAH

q  Di sekolah-sekolah sama ada di peringkat rendah atau menengah, terdapat dua kategori peperiksaan iaitu peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam.

q  Peperiksaan dalaman merupakan peperiksaan di peringkat sekolah seperti ujian bulanan, setengah tahun, akhir tahun dan percubaan.

q  Peperiksaan awam adalah peperiksaan yang dijalankan di peringkat kebangsaan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) , Sijil Pelajaran Malaysia dan Vokasional (SPM & SPVM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Peperiksaan ini dijalankan serentak dalam waktu yang sama di seluruh negara.

q  Tugasan pengendalian peperiksaan dalaman dan awam di sekolah adalah di bawah tanggungjawab Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

 

POLISI PENDIDIKAN YANG BERSABIT DENGAN KELUARGA

Polisi yang berkaitan adalah lebih memberi tumpuan kepada pegawalan disiplin pelajar dan keperluan kepada ibubapa untuk memberi  pendidikan wajib kepada anak-anak mereka.

Tindakan/denda

Seksyen 29A(4) ibu bapa yang melangggar subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

  Mengikut Ordinan Pelajaran, 1957 Peraturan-peraturan Pelajaran

    ( Disiplin Sekolah ) 1959,

  Rayuan - perkara 10 (1) ibubapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah dibawah peraturan 8(a) boleh merayu kepada pendaftar.

  Perkara 10(2) ibubapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah dibawah peraturan 8(b) atau , peraturan 9 boleh dalam tempoh satu bulan dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya, mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dam 91 ordinan.

Data Spikologi Pelajar ini merujuk kepada data peribadi asas pelajar yang berkaitan dengan Nama, Umur, Berat, Tinggi, Jantina, Tarikh Lahir dan maklumat keluarga

Data kesihatan pelajar yang berkaitan dengan penyakit pelajar, jenis ubatan, alahan, suntikan dan perkara-perkara yang berhubung dengan kesihatan pelajar.

Data asas sekonomi adalah merujuk kepada tahap SES keluarga yang berhubung dengan pendapatan keluarga untk skim bantuan kerajaan seperti SBT ( Skim Baucer Tuisyen ), KWAMP ( Kumpulan Wang Amanah Pelajar ), BISP, Biasiswa, Derma Siswa dan lain-lain.

 

DASAR, PERATURAN

UNDANG-UNDANG YANG MENGIKAT ETIKA GURU

Laporan Razak 1956 menjadi asas utama penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan

 Laporan ini diperkukuhkan melalui Laporan Rahman Talib (1960)

 Matlamat :

- mendidik rakyat Malaysia melalui sistem  pendidikan supaya menjadi warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik.

- mencapai perpaduan kaum

- mengeluarkan tenaga pekerja yang mahir  dan separa mahir

- mewujudkan suatu masyarakat yang bertanggungjawab progresif, berdisiplin serta berorientasikan sains dan teknologi moden

 

NILAI UTAMA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

1.Taat setia kepada negara dan kerajaan dan raja  demi memelihara kedaulatan negara dan bangsa

2.Amanah, bersih dan jujur (dari segi moral dan fizikal)

3.BERTANGGUNGJAWAB Selaku pemegang amanah harta kerajaan

 dan rakyat penjawat  tidak terlepas dari dipersoal jika gagal menjalankan

 tanggungjawabnya.

4.BERKECUALI

          Bertindak Tanpa Dipengaruhi Tekanan Luar Atau Pengaruh Mana-mana Pihak Dalam Tuntutan.

          Berkecuali Dalam Mana-mana Parti Politik Untuk Mengelak Dari Serbasalah.

 

5.ADIL DAN SAKSAMA memberi layanan adil tanpa pilih kasih.

6.PRESTASI CEMERLANG & BERKUALITI

          Tidak boleh cuai & kurang cekap.  Perlu menunjukkan hasil kerja yg tinggi menerusi latihan & meningkat kemahiran dan keupayaan.

        (G/O Bab D 1993)

          Mereka yg berprestasi menurun boleh ditamatkan & disarakan atas kepentingan perkhidmatan (Akta Pencen 1980).

          Hanya yg berprestasi tinggi shj layak dinaikkan pangkat (Peraturan 50 Bab A 1974).

7.KETEPATAN MASA Penjawat diwajibkan mematuhi waktu bekerja bagi memastikan datang tepat pada waktu dan berkhidmat dengan tekun dan berdedikasi.

8.PERKHIDMATAN RAMAH MESRA

          Sentiasa Memberikan Perkhidmatan Yang Mesra Pelanggan

          Per 10(A)  Bab 1 Arahan Perkhidmatan1974.

          Dasar Penerapan Nilai Islam 1985.

          Pusat Bayaran  Bil Setempat1982.

9.SIKAP BERJIMAT CERMAT/AKAUNTABILITI

Penjawat awam dikehendaki mengurus perbelanjaan wang awam secara berhemah bagi menjimat penggunaan khazanah negara.

10.Bersikap positif/responsif dan berdaya cipta dan‘enterprising’ bagi  menyaingi era globalisasi

PENERAPAN NILAI ISLAM DALAM

PENTADBIRAN

          Fikiran dan niat yang bersih

          Tidak salah guna kuasa dlm mengurus harta negara

          Tidak sombong angkuh

          Mencegah  melakukan jenayah

          Pakaian bersih dan rapi

          Sederhana dan sopan santun

PERATURAN DALAM PEKELILING/ SURAT PEKELILING

1.Pakaian (Pp Bil.2 / 1985)

2.Harta   (Pp Bil.8 / 1995)

3.Syarikat Pegangan Keluarga (Pp Bil.2 / 1987)

4.Penggunaan Mesin Faksimili (Spa Bil. 1/1993)

5.Penglibatan Dalam Persidangan/ Seminar/ Forum/Bengkel Anjuran  Swasta (Spa Bil 2 / 1993)

6.Penglibatan Aktiviti Sukan Anjuran Agensi Awam/Swasta (Spa Bil.3 / 1993)             

7.Perhubungan Dengan Raja-Raja (Spa Bil.4 / 1993)

8.Penerimaan Hadiah Surat Pekeliling Kepada Organisasi Perbendaharaan (Biil. 13 Tahun  1986)

9.Peraturan Mengutip Derma Oleh Surat Pekeliling Pertubuhan Dari Orang Ramai (Am Bil. 6 Tahun 1987)

10.Sumbangan Kepada Akitiviti Aktiviti Sukan Perkhidmatan                         (Bil. 6 / 1969 )                                                            

 

SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Ò  Sistem pengurusan pendidikan sebenarnya telah wujud di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad ke-14 atau lebih dikenali sebagai pendidikan bukan formal.

Ò  Sistem pendidikan agak jelas selepas kedatangan British ke Tanah Melayu

Ò  Sejak merdeka sistem pengurusan pendidikan negara ini telah mengalami beberapa perubahan yang pesat, sama ada dari segi fizikal mahupun kandungannya, sama ada dari segi makro mahupun mikronya, sama ada di peringkat rendah mahupun tinggi.

Ò  Dengan kata lain, sistem pendidikan kita sering mengalami proses ubah unsur yang dinamis.

Matlamat Sistem Pengurusan Pendidikan Malaysia

Ò  Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

Ò  Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

Ò  Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

Ò  Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

- Sistem Pendidikan di Malaysia dipengaruhi oleh British yang telah lama menjajah Tanah Melayu pada masa itu dengan memperkenalkan sistem berpendidikan ‘BERPUSAT’.

- Sistem berpusat diperkenalkan pada tahun 1906 di Negeri-negari Selat.

- Manakala di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu hanya menjalankan tujuan dan pelaksanaan pendidikan sendiri tanpa koordinasi oleh British

- Sistem pentadbiran berpusat pelaksanaannya hanya bermula apabila Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.Bagi Negeri Sabah dan Sarawak hanya berlaku apabila bersetuju untuk menyertai Pembentukan Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka

    Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka 1)  Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka -Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan. Pemilihan lokasi ini menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu. a)  Pemilihan lokasi yang strategik oleh Parameswara i)  Laluan perdagangan – Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang ii)  Bentuk muka bumi – Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukitbakau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang iii)  Benteng pertahanan – Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh. iv)  Terlindung angin monsun – Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berla...

Geografi Alam Sekitar Fizikal : Hutan Hujan Tropika

  ekosistem hutan hujan tropika - juga dikenali sebagai hutan tropika lembab yang meangkumi pelbagai jenis ekosistem yang paling rumit di muka bumi ini.Kepelbagaian jenis ekosistem disebabkan terdapatnya pelbagai jenis tumbuhan semula jadi yang dipengaruhi olh kepelbagaian jenis iklim.Tumbuhan semulajadi di kawasan hutan terbahagi kpd dua : i)ekosistem hutan hujan malar hijau – contohnya hutan paya air tawar,hutan paya bakau, dan ekos tumbuhan pantai ii)ekosistm hutan hujan tropika separa malar hijau – ekos hutan gambut,hutan sekunder dan hutan sekunder   ciri2 ekosistem hutan hujan tropika malar hijau - dikenali sebagai hutan hujan khatulistiwa -menerima hujan antara 1500 hingga 26000 mm setahun -purata suhu 25 hingga 27 celcius -kwujudan kepelbagaian biologi atau kepelbagaian spesies oko dan kaya dengan hidupan flora dan fauna -hutan hujan tropika terdiri drpd 4 lapisan : I)Lapisan A :lapisan tertinggi antara 40 hingga 50 meter dan pokok2 jenis ...

Kesusasteraan Melayu : Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

  Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur WATAK 1.Encik muhammad(firma serba dagang internasional kuala lumpur) 2.Rahim(jurusan kejuruteraan lombog dari london) 3.Rohana (pelajar tingkatan 4) 4.Cik puan tipah (ladang orkid) 5.Datuk tan chong seng (syarikat tan enterprise) 6.Datin tan 7.Lily(belajar di um thn pertama) 8.Robert 9.Sudin (anak imam saad dan broker) 10.Imam saad (imam kg lembah tualang 11.Mak minah 12.Yang Berhomat Mohd Yusof 13.Tauke chan 14.Syarifah mahani 15.Tan sri syed aris 16.Syarifah muinah 17.Syarifah naimah (meninggal) 18.Mary(bekas setiausaha e/m) 19.Syarifah dora (ibu syed aris) 20.Tuan syed salim al makky (ayah Syarifah muinah dan Syarifah naimah) 21.Penghulu mahmud (orangkaya datuk indera) 22.Datuk idris muhammad saman (ayah en/m) 23.Datuk indera bendahara muda (memrgi org inggeris kutip cukai di daerah lombongnya) 24.Mat akil(berak di cadar kawin sudin/mnyebkan sudin kmlgn dan memukul lebai maarup) 25.Tu...