Langkau ke kandungan utama

Sejarah : Kronologi & Sejarah Penting Negara 1786 – 2003

 


KRONOLOGI & SEJARAH PENTING

NEGARA 1786 – 2003

1786 Sir Francis Light tiba dari Britain dan memperoleh Pulau Pinang daripada

Sultan Kedah.

1819 Sir Thomas Stamford Raffles membuka pelabuhan perdagangan bebas untuk

Britain di Singapura.

1824 Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Belanda secara rasmi

menyerahkan Melaka kepada Inggeris.

1826 Singapura, Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah pentadbiran Inggeris

dengan panggilan Negeri-negeri Selat.

1832 Singapura dijadikan ibu negeri bagi Negeri-negeri Selat.

1841 James Brooke menjadi Rajah Putih atau Rajah Sarawak.

1881 Syarikat Berpiagam Borneo Utara menubuhkan pejabat di Borneo Utara

(sekarang Sabah).

1888 Borneo Utara, Brunei dan Sarawak menerima perlindungan British.

1896 British menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak,

Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

1905 Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan bertujuan menyediakan pendidikan

kepada bakal-bakal pentadbir dalam kerajaan British.

1915-1941 Tanda-tanda awal semangat nasionalisme mula dirasai bila British

mengamalkan dasar pecah dan perintah.

1922 Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka di Tanjung Malim, Perak.

1931 Sekolah Pertainian Tanah Melayu dibuka di Serdang, Selangor.

1941-1945 Perang Dunia Kedua merebak ke Tanah Melayu dengan ketibaan dan

pendudukan Jepun yang penuh ketakutan, kesengsaraan dan tragedi.

1945 Jepun menyerah kalah, menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua. British

kembali ke Tanah Melayu.

1946 British merencanakan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) tetapi dibantah

keras orang-orang Melayu.

1946 Datuk Onn Jaafar mengasaskan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu

(UMNO).

1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani. Permulaan zaman

Darurat, iaitu pemberontakan pengganas komunis selama 12 tahun.

1948 Institusi pengajian tinggi awam pertama di Tanah Melayu, Universiti Malaya

dibuka di Kolej Perubatan Raffles, Singapura.

1952 UMNO dan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) berganding dalam pilihan raya

bandaran pertama di Kuala Lumpur.

1953 Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan Kongres India Sa-

Tanah Melayu (MIC) ditubuhkan.

1954 Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai rombongan ke Britain untuk menuntut

kemerdekaan, namun tidak begitu berjaya.

1955 Pilihan Raya pertama bagi Semenanjung Tanah Melayu diadakan dengan

lancar dan berakhir dengan kemenangan besar bagi Perikatan. Tunku Abdul Rahman

dipilih menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

1956 Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetuai rombongan ke London untuk

mengadakan rundingan kemerdekaan. Britain bersetuju memberikan kemerdekaan.

kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

1956 Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh

kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

1956 Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk merumus dan memperhalusi draf

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perikatan menyerahkan memorandum

yang dipanggil Pakatan Murni, yang mengusulkan tolak ansur antara kaum di negara

ini. Memorandum ini menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja

Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa

orang Melayu dan kerakyatan sama rata..

1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tunku Abdul Rahman

Putra menjadi Perdana Menteri pertama manakala Dato’ Abd Razak Hussein menjadi

timbalannya.

1957 Majlis Raja-raja berkenan memilih gelaran “Yang di-Pertuan Agong” bagi Ketua

Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dipilih menjadi Yang di-

Pertuan Agong pertama.

1959 Yang di-Pertuan Agong merasmikan kampus Universiti Malaya di Kuala

Lumpur.

1961 Tunku Abdul Rahman mengusulkan penubuhan Malaysia, yang merangkumi

Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

1963 Kelahiran negara baru yang diberi nama Malaysia, meliputi Semenanjung

Malaysia, Singapura, Sabah (dahulunya Borneo Utara) dan Sarawak.

1965 Singapura keluar dari Malaysia lalu menjadi sebuah negara merdeka.

1969 Rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas Pilihan Raya Persekutuan.

Keadaan darurat diisytiharkan dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan,

diketuai Dato’ Abd Razak. Di bawah MAGERAN, keamanan dipulihkan dan urusan

seharian kembali seperti sedia kala di ibu negara.

1970 Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan. Dato’ Abd Razak mengambil alih

sebagai Perdana Menteri Kedua.

1970 Universiti Kebangsaan Malaysia dibuka di Kuala Lumpur.

1970 Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi

di kalangan rakyat.

1971 Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan

Persidangan Islam (OIC) yang pertama.

1976 Tun Abd Razak meninggal dunia di London. Dato’ Hussein Onn menggantikan

tempatnya sebagai Perdana Menteri Ketiga.

1981 Dato’ Hussein Onn meletak jawatan dan melantik Dato’ Seri Dr Mahathir

Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat.

1985 Malaysia memulakan peralihan ekonomi dari yang berasaskan pertanian ke

ekonomi berasaskan industri kilang. Kereta nasional pertama, Proton Saga

dikeluarkan dari kilang pembuatan di Shah Alam.

1996 Malaysia melancarkan satelit pertamanya, Malaysia East Asia Satellite

(MEASAT) dan siaran TV satelit pertama.

1997 Sistem Transit Rel Ringan (LRT) pertama negara dilancarkan di Kuala Lumpur.

1997 Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur setinggi 425m muncul sebagai

bangunan tertinggi di dunia.

1998 Kegawatan ekonomi melanda dunia, namun Kuala Lumpur berjaya menjadi

ibukota negara Asia pertama menjadi tuan rumah Sukan Komanwel.

1999 Putrajaya mengambil alih peranan Kuala Lumpur sebagai Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan.

1999 Sistem transit rel ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia, Putra-

LRT dilancarkan di Kuala Lumpur dan kawasan sub-bandarnya.

1999 Litar Antarabangsa Sepang dibuka; Malaysia menganjurkan Grand Prix

Formula Satu buat kali pertama, yang ditaja syarikat minyak negara, Petronas.

2000 Malaysia menyambut alaf baru sambil melangkah keluar dari kemelesetan

ekonomi dengan daya dan gaya tersendiri.

2003 Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak XIII Pergerakan

Negara-negara Berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur.

2003 Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sesi Ke-10 Sidang Kemuncak

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Putrajaya.

2003 Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepimpinan Malaysia kepada

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu peralihan kuasa yang berjalan lancar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka

    Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka 1)  Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka -Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan. Pemilihan lokasi ini menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu. a)  Pemilihan lokasi yang strategik oleh Parameswara i)  Laluan perdagangan – Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang ii)  Bentuk muka bumi – Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukitbakau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang iii)  Benteng pertahanan – Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh. iv)  Terlindung angin monsun – Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berla...

Geografi Alam Sekitar Fizikal : Hutan Hujan Tropika

  ekosistem hutan hujan tropika - juga dikenali sebagai hutan tropika lembab yang meangkumi pelbagai jenis ekosistem yang paling rumit di muka bumi ini.Kepelbagaian jenis ekosistem disebabkan terdapatnya pelbagai jenis tumbuhan semula jadi yang dipengaruhi olh kepelbagaian jenis iklim.Tumbuhan semulajadi di kawasan hutan terbahagi kpd dua : i)ekosistem hutan hujan malar hijau – contohnya hutan paya air tawar,hutan paya bakau, dan ekos tumbuhan pantai ii)ekosistm hutan hujan tropika separa malar hijau – ekos hutan gambut,hutan sekunder dan hutan sekunder   ciri2 ekosistem hutan hujan tropika malar hijau - dikenali sebagai hutan hujan khatulistiwa -menerima hujan antara 1500 hingga 26000 mm setahun -purata suhu 25 hingga 27 celcius -kwujudan kepelbagaian biologi atau kepelbagaian spesies oko dan kaya dengan hidupan flora dan fauna -hutan hujan tropika terdiri drpd 4 lapisan : I)Lapisan A :lapisan tertinggi antara 40 hingga 50 meter dan pokok2 jenis ...

Kesusasteraan Melayu : Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

  Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur WATAK 1.Encik muhammad(firma serba dagang internasional kuala lumpur) 2.Rahim(jurusan kejuruteraan lombog dari london) 3.Rohana (pelajar tingkatan 4) 4.Cik puan tipah (ladang orkid) 5.Datuk tan chong seng (syarikat tan enterprise) 6.Datin tan 7.Lily(belajar di um thn pertama) 8.Robert 9.Sudin (anak imam saad dan broker) 10.Imam saad (imam kg lembah tualang 11.Mak minah 12.Yang Berhomat Mohd Yusof 13.Tauke chan 14.Syarifah mahani 15.Tan sri syed aris 16.Syarifah muinah 17.Syarifah naimah (meninggal) 18.Mary(bekas setiausaha e/m) 19.Syarifah dora (ibu syed aris) 20.Tuan syed salim al makky (ayah Syarifah muinah dan Syarifah naimah) 21.Penghulu mahmud (orangkaya datuk indera) 22.Datuk idris muhammad saman (ayah en/m) 23.Datuk indera bendahara muda (memrgi org inggeris kutip cukai di daerah lombongnya) 24.Mat akil(berak di cadar kawin sudin/mnyebkan sudin kmlgn dan memukul lebai maarup) 25.Tu...