WAY TO PREVENT GLOBAL WARMING
CAUSE
Adakah anda tahu? di Eropah, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali. Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global. Jadi apakah punca penyebab kepada pemanasan global?
Do you know? in Europe, is informed that many deaths occur due to extreme heat in July and in Paris only a total of 29 people had died. Although this incident did not happen in the heat as bad as in 2003 the cause of death of about 15,000 in France and 20,000 had died in Italy. A well-known journal reported that drought conditions and hot, dry has caused forest fires that destroyed more than 8.5 million acres of the world and eliminate over 1 million species living on the land within 50 years. This incident has to do with global warming. So what is the the cause of global warming?
1.Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosferera . Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal.
In fact, the rising temperature or heating occurs due to various factors. Apart from ozone depletion, drought and haze, heat island incident and the greenhouse effect are also encouraged to global warming. The greenhouse effect occurs because an increase in the release of gases such as carbon dioxide, nitrogen monoxide and methane to atmosferera. Heat island occurs when the heat release in the developing regions, especially in the cities too much and blocked by tall buildings skyscrapers. Heat can not be released into the atmosphere would membahangi vicinity. Effects of global warming and the heat also disrupt weather and climate system in our country indirectly. Equatorial climate with hot and humid throughout the year was not at normal levels.
2.Pembakaran terbuka merupakan salah satu punca yang menyebabkan fenomena pemanasan global. Pembakaran terbuka menyebabkan pemanasan global apabila bahan-bahan yang dibakar mengeluarkan gas yang boleh menipiskan lapisan ozon. Apabila lapisan ozon menipis cahaya daripada matahari akan diserap masuk dengan kualiti yang banyak. Hal ini akan menyebabkan persekitaran di bumi terasa panas. Oleh itu, pembakaran terbuka adalah salah satu punca yang menyebabkan pemanasan global, perkara ini perlu dielakkan agar fenomena ini tidak menjadi begitu serius.
Open burning is one of the causes of global warming. Open burning causes global warming when burned materials that can emit gases ozone depleting substances. When the ozone layer thins light from the sun is absorbed in with a lot of quality. This will cause the earth warm environment. Therefore, open burning is one of the causes of global warming, this should be avoided so that the phenomenon is not to be so serious.
3.Penggunaan bahan yang mengandungi kloroflorokarbon atau CFC . Gas kloroflorokarbon berfungsi sebagai penyejuk, pembebasan gas kloroflorokarbon juga boleh menyebabkan lapisan ozon bumi menjadi nipis. Dalam kehidupan seharian kita sama ada kita sedar ataupun tidak, kita sering menggunakan bahan yang mengandungi gas kloroflorokarbon. Antaranya ialah, peti sejuk dan penyaman udara. Bahan atau alat ini membebaskan gas kloroflorokarbon. Memang tidak dapat dinafikan bahan atau alatan ini membawa bermacam-macam faedah untuk kehidupan seharian kita, namun langkah mengurangkan pengunaan bahan CFC dan menggantikannya dengan bahan yang lebih mesra alam adalah langkah penyelesaian yang lebih bijak.
The use of materials containing chlorofluorocarbons or CFCs. Chlorofluorocarbon gas serves as a coolant, the release of chlorofluorocarbon gases can also cause the earth's ozone layer becomes thinner. In our daily lives whether we realize it or not, we often use materials containing chlorofluorocarbon gases. Among them are, refrigerators, and air conditioning. Material or device chlorofluorocarbon gasses. There is no doubt the material or equipment brings all kinds of benefits to our daily life, but measures to reduce the use of CFC and replace it with a more environmentally friendly material is a smarter solution steps.
4.pada masa kini, aktiviti pembangunan giat di jalankan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat sekeliling. Oleh hal yang demikian, aktiviti penyahutanan perlu dilakukan bagi mendapatkan tempat atau ruang untuk melakukan aktiviti pembangunan. Aktiviti penyahutanan akan menyebabkan kadar gas karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia tidak lagi dapat diserap oleh pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan. Gas karbon dioksida ini akan dilepaskan ke ruang atmosfera. Oleh hal itu, aktiviti pembangunan dan aktiviti penyahutanan perlulah dikurangkan bagi membolehkan gas karbon dioksida digunakan oleh tumbuh-tumbuhan.
at present, actively carried out development activities to meet the needs and desires of the surrounding community. Therefore, deforestation needs to be done to get the place or space for development activities. Deforestation will cause the rate of carbon dioxide released by humans will no longer be absorbed by trees and plants. Carbon dioxide gas will be released into the atmosphere. Therefore, the development and deforestation activities should be reduced to allow carbon dioxide used by plants.
5.Pelepasan asap daripada kilang-kilang dan kenderaan juga merupakan punca yang menyebabkan fenomena pemanasan global. Asap daripada kilang dan kenderaan bukan sahaja boleh menyebabkan pencemaran udara ia juga turut memberi implikasi kepada lapisan ozon dan suhu bumi. Gas yang dilepaskan oleh kilang dan kenderaan mengandungi gas beracun yang boleh menyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis. Pihak kerajaan juga telah menjalankan kempen kongsi kereta bagi mengurangkan kadar atau jumlah pembebasan asap daripada kerajaan. Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga boleh digunakan bagi mengurangkan jumlah asap yang dibebaskan ke udara. Bagi pengusaha-pengusaha kilang mereka perlulah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya masalah punca kepada pemanasan global berjaya di atasi.
Emissions from factories and vehicles is also the causes of global warming. Smoke from factory and vehicles not only cause air pollution it also has implications for the ozone layer and the Earth's temperature. Gases released by factory and vehicles containing poisonous gas that can cause ozone layer becomes thinner. The government has also been running a campaign to reduce the rate of car sharing or total emission of smoke from the government. In addition, the use of public transport can also be used to reduce the amount of smoke released into the air. For their factory operators must abide by all regulations set by the government to the problem of global warming cause to successfully overcome.
EFFECTS
1.Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa. Gelombang ‘kepanasan’ ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya . Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling teruk dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania.
In addition, the high temperature will also impact on the wind flow will lead to the formation of more hurricanes and is worse monsoon rains badly than usual. Waves 'heat' has caused temperatures in summer and winter in Europe is now much higher than usual. Similar change was also felt by the tropical regions face more badly monsoon season now, while countries such as the United States hit by snow storms and more badly hurricanes such as Hurricane Katrina in 2005. In 2006, ten countries worst hit by natural disasters were the Philippines, South Korea, Indonesia, Vietnam, Ethiopia, India, China, Afghanistan, the United States and Romania.
2.Bagi rakyat Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas terik memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika . Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba. Strok haba akan menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau radang paru-paru yang berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah kawasan turut berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk berikutan kemarau panjang yang berpunca daripada gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang mencemari sumber air tawar dengan air masin dari laut.
For Malaysians may be able to adapt to high temperatures and blazing hot as familiar with the tropical climate. However, ordinary people living in cold climates may not be able to adapt and this has caused an improvement deaths from heat stroke. Heat stroke will cause the failure of all the body organs function, the same as happened to fever patients. Similarly, pneumonia or inflammation of the lungs caused by bacteria that attack the widespread dissemination of the lungs due to hot and humid weather and other factors. Some areas are also faced with severe dehydration due to prolonged drought caused by heat waves and rising sea levels are polluting fresh water sources with salt water from the sea.
3.Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus, nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan mencatatkan kes malaria pertama di kawasan-kawasan tanah tinggi dua negara tersebut. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab . Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit seperti Leptopirosis dan Legionellosis , yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus.
Rising temperatures will also promote the breeding of vectors such as rats, mosquitoes, ticks and bugs. The spread of disease vectors such as mosquitoes cause malaria, dengue and yellow fever are first recorded in Europe and the area formerly cold climates. This is evident when cold climates such as Nepal and Bhutan first recorded cases of malaria in the highland areas of the two countries. Meanwhile, the mouse is also seen to reproduce more easily in hot and humid weather. Animals is able to spreading diseases such as Leptopirosis and Legionellosis, which is spread by germs left with rat urine or feces.
4. Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat iaitu masalah pemanasan gobal . Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan permukaan tanah besar.
Global warming caused by air pollution are increasing the amount of carbon gases, also known as greenhouse gases in the earth's atmosphere. The sun's heat can normally be reflected back to the earth's surface into space then trapped and cause the Earth's temperature rise of Gobal warming. As a result, the ice at the poles began to melt and increase the sea level up to drown some small island and the mainland surface.
SOLUTIONS
1. Penanaman semula pokok-pokok dan tumbuhan hijau/ Replanting of trees and green plants
Penanaman tumbuhan hijau adalah bertujuan untuk meningkatkan penghasilan gas gas yang bersih dalam udara. Penanaman ini boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat. Pihak sekolah boleh mengadakan taman-taman mini di sekolah untuk menyedarkan kepada pelajar-pelajar akan kepentingan tumbuhan hijau dalam ekosistem.
Planting green plants is aims to increase net gas production of gas in the air. Planting can be done by all levels of society. The school can hold a mini gardens in schools to sensitize students to the importance of green plants in the ecosystem.
2. Kitar semula / recycling
Program kitar semula perlu digiatkan dengan pelbagai idea yang lebih menarik. Melalui program kitar semula, masyarakat menyedari akan kepentingan menjaga sumber mineral bumi. Dengan cara ini generasi akan dapat merasai khazanah bumi seperti yang dinikmati oleh generasi akan datang. Pendidikan secara tidak formal ini juga telah mendidik masyarakat jenis-jenis barang yang perlu dan boleh dikitar semula.
Recycling programs should be supported by a variety of which more interesting ideas. Through recycling programs, community realized the importance of keeping the mineral resources of the earth. In this way the next generation will be able to feel the natural treasures are enjoyed by future generations. Non-formal education has also been educating the public the types items that need to be and can be recycled.
3. Pengurangan penggunaan tenaga / Reduction of energy consumption
Penggunaan petrol dalam pembakaran enjin kereta
juga meningkatkan suhu pemanasan global. Penggunaan sumber alternatif seperti
kereta hybrid yang bercirikan “hijau alam sekitar” adalah antara langkah
terbaik dalam mengatasi pemanasan global. Di kebanyakkan negara maju, tenaga
solar telah lama diaplikasi dalam kediaman rumah dan pejabat bagi menggantikan
pembakaran fosil.
Use gasoline in a car engine combustion temperature also increases global warming. The use of alternative sources such as hybrid cars which feature a "green environment" is one of the best steps to address global warming. In most developed countries, solar energy has long been applied in residential homes and offices to replace the burning of fossil.
4. Masyarakat dunia juga boleh mewujudkan satu dana khas untuk membiayai semua projek sains yang membuat penyelidikan untuk mencari jalan mengatasi masalah pemanasan global ini. Semua projek penyelidikan itu hendaklah meliputi semua kemungkinan yang dijangka akan berlaku dan disertai oleh ahli-ahli saintis seluruh dunia untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Sesungguhnya, usaha mengumpul dana sebegini mampu memupuk semangat kerjasama yang tinggi selain mampu mewujudkan pelbagai projek penyelidikan yang berkualiti dalam tempoh yang singkat.
The world community can also create a special fund to finance all projects which make science research to find ways to overcome the problem of global warming. Research projects should cover all possibilities that are expected to occur and be accompanied by members of the scientists around the world to get accurate results. Indeed, these fund-raising efforts can encourage teamwork as well able to create a variety of quality research projects in a short period.
5. Selain itu, masyarakat antarabangsa boleh melaksanakan kempen kesedaran tentang isu pemanasan global ini untuk memberikan pemahaman sebenar kepada masyarakat dunia. Kempen kesedaran ini pasti lebih efektif kerana dilakukan di seluruh dunia lalu membawa perubahan yang serupa kepada penduduk dunia dengan lebih pantas.Contohnya kempen EARTH HOUR dijalankan serentak di seluruh dunia.
In addition, the international community can implement an awareness campaign on the issue of global warming is to provide a real understanding of the world community. This awareness campaign is definitely more effective because it is done all over the world and to bring similar changes to the world's population more quickly. Example EARTH HOUR campaign conducted simultaneously throughout the world.
sebagai kesimpulan, pelbagai tindakan bersama boleh dilakukan oleh masyarakat dunia untuk sama-sama mengurangkan impak pemanasan global ini.
as a conclusion, a variety of possible collective action by the world community to collectively reduce the impact of global warming.

Ulasan
Catat Ulasan