Langkau ke kandungan utama

English Essay : Effect Of Alcoholism

 


EFFEFT OF ALCOHOLISM

EFFECTS

1.Kesan jangka pendek akibat pengambilan alkohol menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama lapan hingga 12 jam kemudian.

Short-term effects due to alcohol intake makes a person lack of coordination as can not walk properly and can not open the door. In this short time can cause hangover. Hangover commonly caused by alcohol poisoning, alcohol and other substances in the reaction are addicted to alcohol. The symptoms of alcohol hangover include headache, nausea, vomiting, diarrhea, bowel movements and tremor disorders for eight to 12 hours later.

 

2. Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama pula seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Apabila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid.  Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

Long-term impact will be felt after drinking it for a few months or years. The main effect was such as heart, liver or stomach disease. When this situation occurs they are lack of appetite, vitamin deficiencies, infections, impotence or lack of menstruation. Early death is more common in people with strong drink, especially from heart disease or liver disease, pneumonia, cancer, severe alcohol poisoning, accidents, murders and suicides.

3.Kesan alkohol pada otak

Di dalam otak alkohol akan menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.

Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

The effects of alcohol on the brain
Alcohol in the brain will lead to the suppression areas usually control their dignity and self-discipline so that drinkers begin to feel less shame, disordered mind, and movements are relatively unregulated.
Drinkers also in terms of learning disabilities, to form spontaneous, focus the mind, and make careful consideration. The higher the number the stronger the alcohol they drink so much oppressed brain can cause unconsciousness and subsequent death.

4. Kesan alkohol pada hati

Kesan alkohol yang paling bahaya adalah kesan pada hati. Setiap kali seorang peminum mengambil alkohol, hatinya mendapat luka. Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa kematian.

The effects of alcohol on the liver
The most dangerous effect of alcohol is on the liver effects. Every time an alcohol drinker, his wound. Liver cells die and become scar. These scars will reduce the ability of the heart to function properly. Serious scar will cause the liver can not function at all. This condition is called cirrhosis of the liver and can lead to death.

 

 

5. Kesan alkohol pada janin

Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, bentuk muka , dan kelemahan sendi-sendi.

The effects of alcohol on the fetus
Chronic alcoholics who are pregnant can cause contents have features such as lack of handicap weight, head size is too small compared to the body, lack of muscle coordination, face shape, and the weakness of the joints.

6. Peminum alkohol juga didapati lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencat hormon penahan kencing.

Alcohol drinkers were more likely to urinate frequently because ethanol can inhibit urinary hormone suppressant.

7.Peminum alkohol juga mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin.

Alcohol drinkers may also experience anemia, hypoglycemia (low blood sugar), and lack of vitamins.

8.Bagi perokok yang meminum alkohol boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.

For smokers who drink alcohol may increase the risk of cancer by 15 timesespecially in the mouth and throat.

9.Selain daripada kesan ke atas kesihatan ia boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya.

Apart from the impact on health it can also give rise to many social problems. Alcohol addiction problem can ruin the friendship, job loss, debt, spent the family savings, household problems, maltreatment, abuse, immorality and so on.

PUNCA

Antara faktor-faktor yang mendorong para remaja untuk mengambil minuman keras

1.Pengaruh rakan sebaya

Ramai remaja menganggap bahawa alkohol memudahkan mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian dari kumpulan tersebut. Jika mereka enggan mengikut cara hidup rakan, mereka takut akan kehilangan rakan.

Among the factors that motivate the youth to take liquor
Peer influence
Many young people assume that alcohol facilitates their many friends and be accepted as part of the group. If they refuse to follow the way of life partners, they fear losing friends.

2.Iklan yang dipaparkan

Pengiklanan sekarang menjadi sangat menarik dan lebih kreatif dalam mempengaruhi pelanggan . Sekarang ini syarikat arak sudah mulai menaja di bidang sukan. sukan antarabangsa seperti bola ataupun badminton dan menaja sukan seperti golf. Syarikat pengiklanan menggunakan wanita yang seksi untuk menjual arak bagi menarik pelanggan. Hal ini akan mempengaruhi seseorang untuk mengambil alkohol.

Advertisements displayed
Advertising is now a very attractive and more creative in influencing customers. Now the company has begun sponsoring alcohol in sports. international sports like soccer or badminton and sponsoring sports such as golf. Advertising company using sexy women to sell alcohol to attract customers. This will influence a person to consume alcohol.

3.Amalan tradisi yang membenar dan memerlukan ahli masyarakat minum minuman keras sewaktu upacara ritual dan perayaan telah dihubungkaitkan dengan kelonggaran peraturan yang dikuatkuasakan terhadap remaja mengenai pengambilan minuman keras. Hal ini bermaksud, remaja ‘dibenarkan’ minum minuman keras pada hari hari perayaan .Tadau Kaamatan atau lebih dikenali sebagai hari Kaamatan air tapai atau tapai (minuman keras) menjadi hidangan istimewa dan Unduk Ngadau sebagai upacara penting perayaan tersebut.

Traditional practice that permits and require members of the public drinking during rituals and festivals were associated by the flexibility rules enforced on youth about intake of alcohol. This means that adolescents 'allowed' to drink alcohol on the day celebration. Tadau Kaamatan or better known as water Kaamatan Day tapai or rice wine (alcoholic beverages) into a special dish and Unduk Ngadau as important ritual feast.

 

4.faktor individu mengambil alkohol dikaitkan dengan kurang ilmu agama dan kurang larangan daripada ibu bapa sebagai faktor yang menyebabkan remaja terlibat dalam pengambilan minuman keras. Hal ini kerana remaja tersebut menganggap perbuatannya betul dan bebas untuk menikmati minuman tersebut tanpa halangan.

individual factors associated with less alcohol
knowledge about religion and the prohibition of parents as factors that lead to youth
involved in alcohol intake. This is because the teenager considers proper actions and are free to enjoy the drink without a hitch.

 

5.Pergaulan antara remaja yang berlainan agama juga

dikatakan menjadi pendorong pengambilan minuman keras dalam kalangan remaja contohnya semasa menghadiri parti. Hal ini kerana terdapat agama yang membenarkan penganutnya mengambil minuman keras dan ada yang melarang terus pengambilan alkohol .Contohnya agama Islam melarang umatnya daripada mengambil minuman alkohol.

Mixing between different religious youth also
said to be the driving force liquor consumption among teenagers for example when attending a party. This is because there is a religion that allows its followers to take alcohol and some
ban on alcohol intake. example Islam prevent Muslims from from drinking alcohol.

6. punca lain pengambilan alkohol oleh individu ialah menganggap bahawa alkohol dapat meredakan stress dan dapat melupakan masalah yang dihadapi . Mereka beranggapan bila mabuk ,mereka akan rasa gembira kerana masalah yang dihadapi mereka seolah-olah sudah diselesaikan .

Other causes of alcohol intake by individuals is assumed that alcohol can relieve stress and can forget about the problem. They think when drunk, they will feel happy because their problems seem to have been resolved.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka

    Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka 1)  Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka -Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan. Pemilihan lokasi ini menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu. a)  Pemilihan lokasi yang strategik oleh Parameswara i)  Laluan perdagangan – Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang ii)  Bentuk muka bumi – Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukitbakau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang iii)  Benteng pertahanan – Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh. iv)  Terlindung angin monsun – Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berla...

Geografi Alam Sekitar Fizikal : Hutan Hujan Tropika

  ekosistem hutan hujan tropika - juga dikenali sebagai hutan tropika lembab yang meangkumi pelbagai jenis ekosistem yang paling rumit di muka bumi ini.Kepelbagaian jenis ekosistem disebabkan terdapatnya pelbagai jenis tumbuhan semula jadi yang dipengaruhi olh kepelbagaian jenis iklim.Tumbuhan semulajadi di kawasan hutan terbahagi kpd dua : i)ekosistem hutan hujan malar hijau – contohnya hutan paya air tawar,hutan paya bakau, dan ekos tumbuhan pantai ii)ekosistm hutan hujan tropika separa malar hijau – ekos hutan gambut,hutan sekunder dan hutan sekunder   ciri2 ekosistem hutan hujan tropika malar hijau - dikenali sebagai hutan hujan khatulistiwa -menerima hujan antara 1500 hingga 26000 mm setahun -purata suhu 25 hingga 27 celcius -kwujudan kepelbagaian biologi atau kepelbagaian spesies oko dan kaya dengan hidupan flora dan fauna -hutan hujan tropika terdiri drpd 4 lapisan : I)Lapisan A :lapisan tertinggi antara 40 hingga 50 meter dan pokok2 jenis ...

Kesusasteraan Melayu : Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

  Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur WATAK 1.Encik muhammad(firma serba dagang internasional kuala lumpur) 2.Rahim(jurusan kejuruteraan lombog dari london) 3.Rohana (pelajar tingkatan 4) 4.Cik puan tipah (ladang orkid) 5.Datuk tan chong seng (syarikat tan enterprise) 6.Datin tan 7.Lily(belajar di um thn pertama) 8.Robert 9.Sudin (anak imam saad dan broker) 10.Imam saad (imam kg lembah tualang 11.Mak minah 12.Yang Berhomat Mohd Yusof 13.Tauke chan 14.Syarifah mahani 15.Tan sri syed aris 16.Syarifah muinah 17.Syarifah naimah (meninggal) 18.Mary(bekas setiausaha e/m) 19.Syarifah dora (ibu syed aris) 20.Tuan syed salim al makky (ayah Syarifah muinah dan Syarifah naimah) 21.Penghulu mahmud (orangkaya datuk indera) 22.Datuk idris muhammad saman (ayah en/m) 23.Datuk indera bendahara muda (memrgi org inggeris kutip cukai di daerah lombongnya) 24.Mat akil(berak di cadar kawin sudin/mnyebkan sudin kmlgn dan memukul lebai maarup) 25.Tu...