Tujuan atau Peranan Peribahasa
Peribahasa digunakan untuk pengajaran atau teguran dengan cara yang sopan dan halus.
Jenis-jenis Peribahasa
1. Perumpamaan
2. Simpulan bahasa
3. Bidalan
4. Pepatah
5. Kata-kata Hikmat
Ada air adalah ikan.
Maksud : Di mana-mana sahaja kita
tinggal, di situ ada rezeki.
Contoh ayat : Walau ke mana-mana
sahaja kita pergi, janganlah cepat kecewa kerana di mana ada air adalah
ikan.
Ada gula adalah semut
Maksud : Apabila sesuatu tempat itu
mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.
Contoh ayat : Di bandar itu ramai
orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata
peribahasa ada gula adalah semut.
Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan
akhirnya akan berbaik semula.
Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama
setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak
akan putus.
Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar
ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun
ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam
kesusahan.
Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga
kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.
Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga
kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula
kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan
disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani
memberikan pendapat.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan
berjaya.
Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga
mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan.
Alah bisa, tegal biasa
Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu
dibuat.
Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal
biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.
Alah membeli, menang memakai
Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal
harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.
Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu
kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.
Alah sabung, menang sorak
Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang
sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi
pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang sentiasa menurut kemahuan orang lain
Contoh ayat : Shafiqq selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya
yang nakal sehingga dia sendiri mengalami nasib yang sama. Bak kata
pepatah, seperti lembu dicucuk hidung
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah
di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan
melakukan sesuatu yang susah
Contoh Ayat : "Kamu ni Nazry, kalau takut dilambung
ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu.
Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita
tersebut." kata Afiq.
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang
dilebih-lebihkan.
Contoh ayat: Ali tertipu dengan berita yang diterimanya mengatakan
bahawa keputusannya begitu teruk sekali. Sedangkan semuanya indah khabar
daripada rupa, keputusan Ali sangat memberangsangkan.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah
menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Contoh Ayat : Segala perbuatan dan kebaikan Amar kepada Najib
seperti kacang lupakan kulit apabila Najib mendapat segala kesenangan
hasil bantuan Amar.
seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Contoh Ayat: Rezeki hasil jualan makanan dan minuman pada
perhimpunan aman Bersih semalam terlalu banyak seperti cendawan tumbuh
selepas hujan.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Contoh ayat: Cikgu selalu berpesan pada saya bahawa, sediakan
payung sebelum hujan supaya saya sentiasa berjaga-jaga dengan perkara
disekeliling saya sebelum saya ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.
UPDATE:
Ada udang disebalik batu
Maksud: Ada maksud tersembunyi dari perbuatan seseorang.
Contoh ayat: Rasa gembira berjumpa kawan yang sudah lama menghilang berubah apabila kawannya melahirkan hasrat untuk meminjam wang. Rupa-rupanya kedatangan kawannya ada udang di sebalik batu.
Melentur buluh biar dari rebungnya
Maksud: Kalau hendak mendidik seseorang hendaklah ketika dia masih muda supaya mudah diasuh dan dinasihati.
Contoh ayat: Pak Najib menyesal tidak mengajar anaknya akhlaq yang baik dari kecil lagi. Barulah dia sedar kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya kerana setelah anaknya dewasa tidak mudah untuk mengubah sikap buruk anaknya itu.
Hangat-hangat tahi ayam
Maksud: Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan. Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.
Contoh ayat: Ali mula menghilangkan diri tidak menghadiri latihan bola sepak tidak seperti minggu pertama dia memasuki pasukan itu. Kegigihannya ibarat hangat-hangat tahi ayam.
Diam-diam ubi
Maksud: Melakukan sesuatu (yang baik) dalam diam-diam tanpa disorakkan kepada orang lain.
Contoh ayat: Diam-diam ubi,
anak Cik Mar mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan kebangsaan.
Menjaga tepi kain orang
Maksud: Mengambil tahu hal orang lain walaupun tidak melibatkan dirinya.
Contoh ayat: Jiran-jiran tidak suka bergaul dengan Mak Minah kerana dia suka menjaga tepi kain orang.
3) Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.
4) Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa bertukar ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi sekarang dalam kesusahan.
5) Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan tersisih.
Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga akhirnya.
6) Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.
Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi bijak dan berani memberikan pendapat.
7) Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai dan berjaya.
Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
8) Alah bisa, tegal biasa
Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah melakukannya.
9) Alah membeli, menang memakai
Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.
Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.
10) Alah sabung, menang sorak
Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.
11) Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang sentiasa menurut kemahuan orang lain
Contoh ayat : Shafiqq selalu menurut apa sahaja kata kawan-kawannya yang nakal sehingga dia sendiri mengalami nasib yang sama, bak kata pepatah, seperti lembu dicucuk hidung
12) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Contoh Ayat : “Kamu ni Nazry, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Sekarang tengok apa sudah jadi pada kamu. Janganlah melakukan sesuatu jika kamu tidak mahu tanggung derita tersebut.” kata Afiq.
13) Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Contoh ayat: Orang ramai berbondong-bondong ke pasar raya yang baru dibuka itu kerana promosi yang cukup hebat, namun setelah tiba di sana, kualiti barang-barang yang dijual tidaklah sebaik mana.
14) Kacang lupakan kulit
Maksud :
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah
mendapat kesenangan.
Contoh Ayat : Segala perbuatan dan kebaikan Amar kepada Najib seperti kacang
lupakan kulit apabila Najib mendapat segala kesenangan hasil bantuan Amar.
15) seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Contoh Ayat: Rezeki hasil jualan makanan dan minuman pada perhimpunan aman Bersih semalam terlalu banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
16) Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Contoh ayat: Cikgu selalu berpesan pada saya bahawa, sediakan payung sebelum hujan supaya saya sentiasa berjaga-jaga dengan perkara disekeliling saya sebelum saya ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini.
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4
Kepada semua pelajar Tingkatan 4 dan 5, peribahasa berikut perlu diberi perhatian kerana terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu
1. Bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah
daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4.
meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka
dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik
hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang
belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara
yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai
kejayaan.
9. bagai
kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10.
melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12.
seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung
sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang
hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah
hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah
hati
Maksud : Pemurah.
18. tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan
kosong
Maksud : Hampa.
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5
1. lintah
darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. bagai
aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak
dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri
lebih baik lagi.
5. kalau
takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan
melakukan sesuatu yang susah
6. indah
khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit
sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang
lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya
setelah mendapat kesenangan.
10. Di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat
telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang
menerima akibatnya..
13. memerah
otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15.
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada
kemudian hari.
16. yang
bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17.
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak
cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang
kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah
di tangan hilang pula.
21.
mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar
mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan
payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24.
berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. anak
buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan
rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang
lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu
penghalang
Maksud : Halangan
29 untung
anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai
ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Ulasan
Catat Ulasan