Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka

    Sejarah Tingkatan 2 Bab 5 Kesultanan Melayu Melaka 1)  Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka -Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan. Pemilihan lokasi ini menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam Melayu. a)  Pemilihan lokasi yang strategik oleh Parameswara i)  Laluan perdagangan – Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang ii)  Bentuk muka bumi – Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukitbakau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang iii)  Benteng pertahanan – Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh. iv)  Terlindung angin monsun – Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun.Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.

KBAT Sejarah : Pada pendapat anda, bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan di Malaysia?

  Pada pendapat anda, bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan di Malaysia? 1.     Menghormati adat/budaya/bahasa/agama kaum lain 2.       Saling bekerjasama/tolong-menolong/bantu-membantu 3.     Mengamalkan sikap bertolak ansur/bertoleransi 4.     Kunjung-mengunjungi antara satu sama lain 5.     Menghadiri majlis rumah terbuka ketika perayaan pelbagai kaum di Malaysia Memahami adat/budaya/bahasa/agama kaum lain 6.     Tidak membangkitkan isu-isuperkauman 7.     Peluangpendidikan/pekerjaan/perniagaan yangsama dan seimbang Konsep 1 Malaysia 8.       Melalui kempen/ceramah/program berbentuk perpaduan 9.     Media massa menyiarkan mesej perpaduan 10.   Program RIMUP di sekolah 11.   Mengadakan pertandingan/aktiviti melibatkan penyertaan semuakaum 12.   Menghayati/mengamalkan prinsip Rukun Negara 13.   Melalui FalsafahPendidikan Kebangsaan 14.   Menganjurkan program/aktiviti sukan yang melibatkan penyertaan semua kaum